Friday, March 20, 2020

Rupa yang dikoyak syaitan



'Pang!' bagai direntap nyawanya. kira-kira 5 minit baru sahaja Maya lena, hentakan cermin tingkap yang pecah mengejutkan dia dari lena. “apa lagi yang jadi harini!” maya kesal sudah 3 hari dia tidak lena tidurnya. Sejak ibu bapanya pergi meninggalkan dia dan adiknya di rumah dia sering diganggu dengan bunyi-bunyian yang misteri. Dia mengintai dari tirai biliknya kearah belakang rumahnya. Kemudian dia turun ke tingkat bawah rumahnya. Tidak dinafikan, Maya seorang yang berani. Dia kalis dengan kelebihan mungkin juga kekurangan yang dikurniakan pada dirnya dapat melihat makhluk-makhluk ghaib, pernah dia melihat pocong di kampungnya berdiri tegak di dapur rumah neneknya. Hantu raya atas atap rumah Mak Cik Melah. Kali ini bukanlah pertama kali dia berhadapan dengan perkara-perkara mistik ini.

Rumput-rumput kering dipijaknya dengan slipar jepun biru tangan menyuluh kawasan belakang rumahnya. Tiada apa-apa yang pelik. Dia betul-betul hairan, kali ini dia yakin yang melakukan ini bukan manusia. Secara logiknya tidak mungkin manusia dapat melarikan diri sepantas ini dan memanjat pagar besi tajam di hadapan rumahnya. Maya terus berjalan menuju ke arah pintu rumah. Mencanak bulu roma Maya secara tiba-tiba membuatkan dia tidak sedap hati. Rasanya seperti diperhati dan ekori tetapi siapa? Sekencang degupan jantungnya sepantas itulah Maya melompat-lompat berlari memasuki rumahnya.

“Farihah Iman, kau tidur lena tak semalam?” Maya mula membuka cerita selepas 3 hari mengalami kejadian aneh itu. Farihah mengangguk sambil mengangkat keningnya menunjukkan persoalan kenapa soalan itu dikeluarkan. “Kau tak ada dengar apa-apa kah dua tiga hari ini?” Maya mula mengajukan soalan demi persoalan. Hampir setengah jam Maya bercerita kepada Farihah tentang apa yang berlaku. Khusyuk Farihah mendengar sampai dia terlupa teh o yang ditangannya sudah sejuk. “Seriouslah akak, apesal aku tak dengar apa-apa?”

‘Doom!!’ Farihah menjerit sekuat hatinya mendengar bunyi tong sampah besar di belakang rumahnya terbalik. Maya pantas berlari kearah dapur dan dengan memegang batang payung yang dicapainya dalam pasu ibunya. Kali ini Maya terpinga-pinga pintu belakang rumahnya terbuka luas bagaikan ada open house kepada jemputan hari raya. Terpaku ketakutan, kali ini dia yakin ini betul-betul kerja manusia. Kalau hantu tak perlu buka pintu kalau nak masuk rumah. Farihah pantas mendapatkan kakaknya di dapur dengan kaki dan tangannya kesejukkan. Kali ini berdua betul-betul terpaku di dapur rumah. Saling memandang sesama sendiri.

“Kakak, jom lah buat report polis.” Sambil tangannya menggenggam lengan kakaknya.
“Kau nak buat report apa?Kita tak ada apa-apa bukti.” Maya meninggikan suara dan melepaskan genggaman adiknya.
“minta pihak polis awasi rumah kita sahaja tak boleh ke? Ibu dan babah takde kat rumah. Aku takutlah!” Farihah memberi cadangan yang bernas.
“Kau nak buat, kau buatlah. Aku boleh selesaikan cara aku.” Maya enggan membuat report polis.
“Eh, apa kau cakap ni? Bahayalah.” Farihah semakin pelik dengan kakaknya.
“Aku tahu ini kerja siapa” Farihah tercengang mendengar penjelasan Maya. Dia akur dengan sikap degil kakaknya, kalau dikata A maka A lah jawapannya, tidak wujud B.

“Hello Farhan. Datang rumah aku kejap. Nak minta tolong boleh?” Farhan pernah menaruh hati kepada maya. namun, niatnya dimatikan memandangkan Maya langsung tidak menunjukkan minat kepadanya. Cukup sekadar berkawan.
“Nak apa sayang. Anything for you.” Farhan galak menyakat Maya.
“Adalah, kau datang sini, nak tunjuk sesuatu.”
“Wow, it’s sound great! Tak sabar. Hehe.” Farhan memachokan suaranya diakhiri dengan gelak miang.
“Yes, tak sabarkan. Haa.. cepat. Aku bagi kau masa 20minit. Tak sampai aku call orang lain.” Maya mengugut.
“Boleh tak?” Soal Maya kepada farhan.
“Err…” Farhan teragak-agak dengan permintaan Maya.
“Ala, kau cakap untuk aku apa sahaja kau akan buatkan” Maya menjeling penuh harapan kepada Farhan.
“Okaylah. Baik.” Farhan akur dia memang masih menaruh harapan terhadap Maya.
“Good! Upah aku bagi lah kfc snack plate sebungkus sehari. Deal ?” Farhan mengangguk dan tersenyum nakal dengan deal daripada Maya.

‘tung,tung,tung’ Maya mencapai telefonnya dan disambungkan kepada nombor Farhan. “Standby” di offkan telefon bimbitnya.
“HAHAHA. Kali ini kau takkan terlepas.” Maya tergelak kuat terbayangkan Farhan bakal menjadi hero dalam kes ini.
“Maya! Maya! Tolong aku!!” Maya tersentak daripada tawanya.
“Kenapa pula ni? Gagal lagi ? argh!” terus maya laju kearah suara Farhan. Kaki farhan penuh kaca halus dan paku tertanam dalam kakinya. Maya memejamkan mata, tak sanggup melihat keadaan kaki Farhan. Dia menjerit memanggil Farihah yang ketika itu berada di biliknya. Meminta dibawakan bersama first aid kit yang disimpan dalam almari di dapur.
“Apesal lambat sangat. Kau nak budak ni mati ke?” Farhan mengerang kesakitan ketika Maya mencabut paku dan serpihan-serpihan kaca di tapak kakinya.
“Esok cerah kita ke klinik. Nak pergi sekarang nanti kau dituduh menceroboh pula.” Sambil membalut kaki Farhan yang berdarah belum berhenti dia mengomel.
“Aku tak nak buat kerja ini lagi. Sakit arghh. Insurans dah la tak ada nak cover! Itu belum lagi aku tertangkap orang kampong ingat aku merompak. Mati aku gamaknya.” Farhan meninggikan suara kepada Maya yang berada di hujung kakinya.
“Eh kau, masa aku tawarkan tak ada pulak kau nak fikir macam ni? Nak salahkan aku pulak, tak nak sudah. Maknanya kau tak dapatlah aku. Kfc aku belanja untuk harini sahaja.”Maya ketawa.

Farihah memandang sekeliling rumahnya. “Kakak, macam mana boleh ada kaca dan paku ini semua? Saya tak faham. Rumah kita langsung tiada tanda-tanda diceroboh.” Muka Farihah kerisauan, dahinya mula berkerut. Kakaknya pula tidak mahu report polis. Dia cuba memberitahu ibu dan babahnya namun dia tidak mahu menyusahkan orang tuanya yang sibuk dan jauh di Poland. Lagipun kakaknya seorang yang berani. Diikutkan sahaja kata-kata kakaknya.

“Entah, aku pun tak terfikir macam mana penceroboh boleh masuk. langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan. Ni Si Farhan pulak jadi korban. Kesian kau.” Sambil Maya menepuk kaki farhan dan cuba mengambil alih keadaan yang tegang menjadi tenang. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dengan penuh persoalan. Siapa yang bermain tin tin kosong tadi?

“Aku mau pergi kedai, nak kirim apa-apa tak?”sambil tangannya mencapai tudung sarung dan memakai slipar jepun biru sebelum keluar rumah.
“Taka da nak dikirim. Kirim salam jelah kata bang Aiman jambu kau tu.” Sahut Maya dari dalam rumah. Farihah terus berlalu dengan menaiki basikal milik ayahnya.

“Kau takkan boleh lepas dengan aku. Kau yang mengubah hidup aku jadi buruk begini. Syaitan!” Maya menyelak rambutnya di bahagian kanan maka terserlah bekas torehan berjahit didahinya yang putih. Parut kemerahan itu kekal berdarah di hati Maya. Dia takkan lupakan manusia Syaitan yang meragut maruahnya tanpa rela. Maya mengeluarkan simpanannya dari bawah katil miliknya. Diasah-asah gunting, keris, parang, pisau dan kapak yang belum pernah digunakan. Dia tergelak dengan dirinya sendiri tatkala mengingatkan kesakitan lampau yang ditanggungnya. Maya terus bertukar-tukar wajahnya ketawa diselangi dengan raungan tangisannya. Dia terus menumbuk cermin dalam biliknya sehingga retak dan darah mula mengalir dari perut kaca.      
                                                                                                                                                                  
Maya mengambil komputer riba miliknya. Dia menaip nama Fadli yang sudah 2 minggu dia di approve dengan permintaan menjadi rakan. “Hai, lama tak dengar khabar. Kau di mana? Aku nak minta tolong.” Maya terus terang dengan hajatnya kepada Fadli. Dia tidak mahu adiknya semakin takut dengan gangguan yang datang di rumahnya. Jam 6 petang Fadli memasuki perkarangan rumah mereka. Maya kelihatan bersahaja malah Fadli yang kelihatan sedikit awkward dengan perangai slumber Maya menyambutnya dari perut kereta.

“Kau nampak makin hellok! Market tinggi katakan.” Maya memberi senyuman manis berserta jelingan tajam. Berderau darah Fadli dengan kelakuan Maya. Agaknya memori lama diimbas tanpa sengaja. Maya mungkin masih menyayangi dan memberi peluang kedua kepadanya.
“Makanlah dulu. Aku nak bersiap nanti kita keluar nak?” Fadli bersetuju sambil mengangkat kening, hatinya berbunga-bunga. Fadli menghabiskan spageti carbonara yang dihidangkan Maya kepadanya dengan segelas jus epal susu kegemarannya. Pandai Maya memikat hatinya.

“Maya, aku minta maaf terima kasih sudi jumpa aku lagi. Aku dah berubah.” Fadli merayu dan menyatakan hasratnya untuk kembali dengan Maya. Maya hanya memandang dengan pandangan yang kosong tiada perasaan. Dia sudah mengunci hatinya untuk mana-mana lelaki. Namun, dia memerlukan Fadli.
“Okay boleh, tapi dengan satu syarat, kau kena tidur di rumah aku?” Ternganga mulut Fadli, terkebil-kebil matanya. Bagai disorongkan bantal dikala mengantuk. Siapa mampu menolak bantal oi, rezeki!
‘Pang! Hinggap sedas penmpar di lengan fadli. “Kau dah kenapa, bukan aku suruh kau tidur bilik aku. Aku dah cuci tangan. Aku nak kau tidur kat belakang rumah aku. Kau jadi guard untuk aku dan adik aku. Seminggu ni kami asyik diganggu. Kami ni perempuan, kau jadi hero. Boleh?”
Tersedar dari lamunan. Fadli terus mengangguk. Maya bersetuju untuk menetapkan Fadli di bilik tingkat bawah dimana bilik Farhan menginap sebelumnya.

“Farihah, hati-hati turun bawah, ada Fadli di bilik bahagian bawah. Aku risau kau yang ketuk dia dengan kuali nanti terperanjat. Aku suruh dia jaga kita ganti Farhan haritu.” Jelas Maya kepada adiknya.
“Kesiannya, nanti kalau Fadli diapa-apakan macam Farhan kau tak rasa bersalah ke kak? Aku rasa baik kita report sahaja pada pihak polis. At least mereka tahu untuk bertindak.
“Kau tak perlu fikir. Kau fikir pelajaran kau dulu, kau tu tahun depan dah nak ambil SPM. Tahun ni bukan tahun honeymoon taw. Tahun ni kau kena hadam padat-padat semua subjek. Dah aku nak tidur, aku malas nak jadi penceramah motivasi malam-malam ni.” Maya memberi kata-kata yang menembak hati Farihah. Farihah mengiyakan sahaja kata-kata kakaknya, apa boleh buat. Dia Cuma seorang adik.

“Maya, kau dah tidur ke?” Maya membaca text yang dihantar Fadli.
“Belum, kau kenapa?” Maya membalas ring”ringkas.
“Jom, lepak bawah kejap. Kita borak-borak.” Fadli tahu, malam masih muda dan Maya belum tidur.
“Okay, sekejap.” Maya membaca dan tergelak sinis. Dia tahu perkara ini berlaku. Maya menyarung baju tidur satin biru lembut dan menyikat rambutnya yang melepasi paras bahu. Disemburkan sedikit perfume di leher dan nadinya. Dia yakin dengan rancangannya.
Sekali lagi, berderau darah jantan Fadli dengan keanggunan Maya. Dia mengawal perasaannya sedangkan Maya masih bersahaja menegurnya tanpa perasaan.
“Kau kenapa pandang aku macam tu. Aku pakai baju terbalik?” Maya menuju kearah kerusi kosong di hujung taman rumahnya. Disebelahnya kerusi kosong diduduki oleh Fadli.

‘kring, kring kring’ Bunyi loceng basikal budak semakin mendekat.
“Dia datang. Tugas kau bermula.” Maya meninggalkan Fadli terpinga-pinga di taman. Belum sempat memulakan mukadimah tugasnya sudah berjalan. Terbantut nafsu jantannya. “Padan muka!” Maya tergelak sinis kepada Fadli.

“Aaaaaaaaaaa!! Allahu akbar! Kakak !” sekuat hati Farihah menjerit memanggil kakaknya. Dia hampir pengsan melihat mayat Fadli di tergantung dalam gazebo halaman rumahnya. Akal warasnya berfungsi kakaknya itu tidur mati. Bom meletup sebelah rumah belum tentu dia bangun. “Kakak!! Kak Maya!! Abang fadli…Fadli dah tak ada!” Meraunglah farihah ketakutan melutut di sisi katil kakaknya. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya yang dirasakan semakin ketat dan berpusing. “Kau jangan main-main lah benda macam ni? Adoi.. macam mana boleh mati pula?” Maya buntu, dia memejam lama matanya otaknya semakin bercelaru. Dia gelak bercampur menangis. Dia memeluk adiknya yang kelihatan trauma dengan apa yang berlaku.

“Kak, tarik!” Farihah menarik adiknya yang berada dalam tanah yang bekerjasama menggali tanah belakang rumah untuk menanam mayat Fadli. “Hati-hati dik, kan nanti engkau yang terkambus dalam ni.” Mereka menarik mayat fadli lalu mengambusnya ke dalam perut bumi. Farihah menangis ketakutan. Dia menyesali perbuatan itu, dia tidak mahu dituduh membunuh. Maya tidak mahu mereport polis kerana dia tahu masalah akan menjadi lebih daripada itu. Entah apa yang bermain dalam tempurung otak Si Maya.  

Angin menampar-nampar langsir tingkap bilik Maya. Farihah tidak mahu tidur di biliknya dia takut sehingga demam panas mula menyerang. Maya bangun menutup tingkap biliknya yang kian menyeramkan sesekali angin malam datang menampar wajahnya. Kali ini, Maya betul-betul terperanjat susuk tubuh lelaki betul-betul berdiri di atas tapak penanaman mayat Fadli. Maya berlagak seperti tiada apa-apa. Dia sudah terbiasa melihat makhluk-makhluk ghaib seperti itu. Maya turun ke tingkat bawah untuk minum air. Dia melalui bilik fadli. Dia menyesali perbuatannya. Dia masuk ke bilik Fadli menginap. Sepucuk surat  ditinggalkan di atas meja dalam bilik Fadli. Maya membuka surat tersebut. Usai membacanya Maya terus mengoyaknya dan membuangnya ke dalam tong sampah yang terdapat di dalam bilik itu. Dia tidak mahu mengenangkan insan yang telah pergi apatah lagi pemergiannya seperti itu.

“Dik, makanlah. Kau dah 3 hari tak makan. Ubat demam pon dah nak habis. Nanti aku bawa kau pergi klinik.” Farihah asyik menangis dan setiap kali tidur dia mengigau dan mengalami mimpi ngeri. Maya sudah buntu dengan adiknya, demam masih tidak kebah. Keadaan adiknya semakin buruk kerana dia tidak mahu makan sesekali hanya minum seteguk air dan menangis dan terus menangis. Maya ke meja tulisnya fikirannya masih lagi dibayangi surat utusan daripada Fadli. “Nasib baik kau mati. Padan muka kau!” Maya tergelak puas. “Next! Ini yang dinanti.” Maya menulis nama yang paling ditunggu. ‘Saiful’.

“uncle Saiful, nanti datang rumah Maya boleh tak? Maya takutlah. Hari-hari maya dan Farihah di ganggu. Maya takde siapa dah nak minta tolong. Ibu Babah takde kat rumah.” Bagai Harimau dihidang daging. Saiful terus bersetuju. Dasar nafsu binatang. Kalau kau berani sentuh adik aku juga. Kau memang menempah maut. Menggigil tangan Maya menggenggam keris simpanannya yang dicuri di rumah atuknya satu ketika dahulu. Maya mencium berkali-kali kerisnya itu, bakal beraksi tidak lama lagi. “Farihah, salam. Akak minta uncle saiful jagakan kita mungkin lebih baik daripada sebelumnya.” Terbuntang mata Farihah, apa lagi yang kakaknya mahu. Dia mahu membunuh uncle saiful? “Kakak, adik takut.” Farihah menggenggam tangan kakaknya, menunjukkan tanda tidak bersetuju dengan kakaknya yang hendak meminta tolong pakciknya pula.

“uncle ni bilik uncle ya”. Nanti malam Maya datang hantar makanan. Maya nak keluar sekejap.” Maya membawa pakciknya ke bilik bawah di mana ditempatkan farhan dan fadli dahulu. Maya terus naik ke bilik atas bersiap-siap untuk ke kedai. Dia mengenakan pakaian sesimple yang boleh memandangkan kedai makan pak harun hanya seberang jalan rumahnya sahaja. Selesai tapau makanan, Maya tidak menyinggah mana-mana tempat dia terus pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia menanggalkan sliparnya di luar rumah. Dia terdengar pakciknya yang cuba menggoda adiknya. Kepalanya mulai panas. Dia mengetuk pintu rumah mengisyaratkan dia sudah pulang dia tidak mahu melihat sebarang adegan yang akan membuatkan api dirinya lebih marak buat masa sekarang.
“eh, Maya dah balik?” sapa pakciknya yang membuka pintu dari dalam. Maya memandang farihah yang pucat tidak berdarah mukanya. Maya memberi isyarat mata yang dia sudah mengetahui perkara yang berlaku. “Jom makan, Maya beli 3 set nasi, tomyam campur, telur dadar dengan the ais.” Maya terus menghidangkan semuanya ke atas meja dapur. Mereka bertiga makan bersama. Farihah kelihatan takut, risau dan trauma. Dia tidak dapat menghabsikan makanannya. Pakciknya yang tolong menghabiskan makananannya. Selepas makan malam mereka bertiga masuk ke bilik masing-masing. Maya membelek novel yang baru dibelinya masih berbalut plastic manakala Farihah masih bermain telefonnya mungkin sedang berchatting dengan seseorang kelihatan seperti rancak menaip.

Jam menunjukkan jam 1.30 pagi. Maya seperti biasa, belum tidur. Dia masih merancang sesuatu. Dia mengenakan baju tidurnya paras lutut berwarna merah jambu dan rambutnya diikat ekor kuda. Dia menyemburkan perfume Icanto Shine by Salvador Ferragamo di nadi dan lehernya. Wangian adalah satu kegemaran Maya, dia tidak pernah meninggalkan wangian meskipun hanya di rumah. Mungkin itulah salah satu tarikkan pada dirinya. Maya membuka pintu biliknya memasuki bilik kedua ibu bapanya, ya. Dia rindu teramat rindu. Orang tuanya sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Semenjak kecil dia tinggal dengan nannynya. Tidak pernah dirasai kasih saying sepenuhnya daripada mereka berdua. Hanya ketika bercuti sahaja mereka dapat bertemu muka dan berkasih sayang berempat.

“Hai, seorang sahaja?” Saiful menyapa Maya yang di bilik ibu bapanya.
“Hai, buat apa atas ini?” Maya tersenyum sambil meletakkan kembali gambar yang dipeluknya ke atas meja solek ibunya.
“Jom, kita borak kat bawah. Nanti bising Farihah nak tidur. Tapi kejap, Maya nak pastikan Farihah betul-betul tidur.”
“Okay Maya, uncle tunggu di bawah.” Sambil tersenyum nakal.
“Uncle belum tidur?” Maya duduk di gazebo tamannya bersama Saiful.
“Belum, uncle teringatkan Maya. Uncle suka tengok Maya.” Sambil matanya memandang dari atas kebawah menelanjang Maya secara imaginasinya.
“Maya pun suka Uncle Saif.” Maya mendekati Saiful. Dikeluarkan gunting yang telah disimpan dalam poket bajunya. Dia terus menggunting baju saiful. Saiful galak tergelak. Maya gelak lebih kuat daripada saiful. Maya memanjat paha saiful. Dia mengeluarkan keris kesayangannya. Dia menorah muka saiful. Telinga, hidung dan bibir saiful putus! Maya ditolak jatuh ke bawah. Maya jatuh dan tergelak lagi. Saiful meraung. “Arghhhhhhhhh!! Cukup. Tolong aaaaaaaaaaaaakuuuu! Suara Saiful tidak jelas kerana terpotong mukanya. Darah menyembur-menyembur daripada muka saiful. Maya memegang dan mencium muka saiful, Maya bermandikan darah saiful dan dia mengucapkan kata sayang. Dia menggunting  kemaluan saiful sambil ketawa riang. Raungan saiful semakin kuat. Saiful menggelupur di halaman rumah itu seperti lembu nazak. Dikapakkan kepala Saiful putus dan dia memotong setiap sendi-sendi Saiful.

“Kakak!! Farihah dah agak ni memang kerja kakak! Kakak kenapa?”  farihah menjerit kearah kakaknya.
“ adik, inilah manusia binatang yang memusnahkan hidup kakak kau dik. Akak korbankan diri akak untuk menyelamatkan kau dik. akak tahu dia cuba sentuh kau dik” Jelas maya kepada adiknya sambil memeluk bahu farihah yang keras kejung di pintu rumah. Farihah menangis teresak-esak dan terus melarikan diri dalam ketakutan walau kakinya sudah tidak berdaya lagi untuk berlari. Bajunya dipenuhi darah Saiful kerana kakaknya memegangnya sebentar tadi. Maya terus ketawa kemenangan melihat keadaan saiful yang mati terseksa di tangannya.

seminggu kemudian..

Maya disahkan mengalami kemurungan psikosis yang dialaminya ketika kecil lagi. Dia menjadi seorang yang berdendam kepada mana-mana lelaki yang menyukainya.  Maya di tahan di wad psikitrik untuk mendapatkan rawatan susulan manakala Farihah pula didakwa bersubahat dengan kakaknya menyorok mayat Fadli di belakang rumahnya. “kakak, aku doakan kau cepat sembuh dan urusan kau dipermudahkan. Kakak, sebenarnya aku dah membaca surat yang ditulis fadli, Fadli tahu apa yang berlaku adalah daripada kau sendiri kak. Apa yang kau nampak itu semuanya daripada diri kau kak.” Farihah menangis teresak-esak rindu kakaknya yang dulu. Dia tidak dapat memeluk kakaknya yang diikat di wad psikitrik dikawal rapi oleh anggota polis dan doktor.











Saturday, March 14, 2020

Asrama- adaptasi kisah benar


Suka saya ingatkan bahawa kisah ini inpirasi daripada kisah benar daripada penulis sendiri. Namun, sebahagian daripada cerita ini diolah supaya menjadi sebuah cerita yang menarik dan mudah difahami. watak dan lokasi juga diubah demi menjaga hubungan silaturrahim dan membuka aib mana-mana pihak.


Simbahan air kolah memecah kesunyian pagi di asrama sekolah menengah kebangsaan teluk panjang, Seawal lima pagi, para pelajar sudah sibuk menyiapkan diri mereka untuk mendirikan solat subuh berjemaah dan menghadiri sesi persekolahan pada hari tersebut. Terpisat-pisat Batrisyia menggosok matanya yang masih belum boleh buka sepenuhnya. Di tangannya terdapat bakul kecil yang mengandungi ubat gigi Darlie, Sabun mandi Lux Lavender, Syampu Sunsilk merah jambu dan berus gigi medium kepunyaannya dibawa ke tepi kolah bersebelahan dengan Noni. Noni dan Batrisyia merupakan Kapten dan Penolong Kapten asrama pada tahun itu. Mereka berdua digeruni oleh pelajar-pelajar lain terutamanya penolong kapten, Batrisyia. Tidak kurang juga ramai yang jengkel dengan perangai Batrisyia yang gemar mengamuk sekiranya tertangkap pesalahlaku disiplin depan matanya berbanding Noni yang lebih ramai menyenanginya kerana keperibadiannya yang bersahaja dan jarang mengamuk.

“Noni, spender siapa ni membukit di sini. Haih. Kalau nak membasuh pun tak perlulah nak melonggok seluar dalam atas kolah ni. Orang lain nak mandi juga.” Batrisyia macam kebiasaannya, pantang tak kena di matanya mula mulutnya laju sahaja mengomel berbanding Noni masih tenang di sebelahnya menggosok gigi. Batrisyia menolak ketepi seluar dalam yang berlonggok di atas kolah mandi tersebut untuk dia mandi dengan lebih selesa. Usai mandi, kira-kira 15 minit dia terus menyalinkan kain batik kering dan tshirt basahan terus ke biliknya. Melalui tangga ke biliknya, sekali lagi suara Batrisyia berkumandang di pagi hari, “seluar dalam siapa yang banyak sangat merata-rata ni? Apa kena dengan mereka ni? Tak tahu malu ke kalau pekerja-pekerja pembersihan tengok. Warden jenguk nanti macam mana? Tak pasal-pasal satu hostel kena denda. Kalau betul habis korang aku kerjakan selepas itu." Namun, semuanya bagaikan blur dan terpinga-pinga tiada yang mengaku.

“Batrisyia, kau perasan tak banyak spender berlonggok pagi ini. Dan tiada siapa mengaku kepunyaan mereka. kau tak pelik ke?” Noni bersuara ketika mereka berdua sedang bersiap hendak ke sekolah.

“itulah, aku pun rasa sesuatu. Tapi tak apa, kita tunggu petang karang balik makan tengahari. Aku pergi tengok balik ada lagi ke tak.” Noni mengangguk sahaja mendengar penjelasan daripada Batrisyia.terus mereka memakai kasut dan menangangkat beg sekolah untuk terus pergi ke perhimpunan pagi pelajar-pelajar asrama. 15 minit selesai bacaan doa dan sedikit taklimat kebersihan asrama mereka dibenarkan ke sekolah. Dalam perjalanan ke kelas, satu kejutan terhadap pelajar-pelajar sekolah Teluk Panjang. Perkara yang tidak tercapai di akal fikiran mereka. pelajar-pelajar yang tidak tinggal di asrama mula membuat spekulasi tentang perkara yang berlaku.

“Astaghfirllahalazim..siapa punya kerja ni?” Noni beristoghfar manakala Batrisyia terpaku apabila melihat spender wanita yang tidak tahu mana datangnya tersusun di setiap anak tangga. Setiap satu anak tangga terdapat sehelai seluar dalam yang terbentuk segi tiga. Sudah tentu memalukan pada yang melihatnya. Bukan hanya 2 3 tangga. Malah, setiap blok akan ada seluar dalam yang tersusun di tangga.

“Tak masuk akal. Macam mana blok setiap tingkap ini terkunci macam mana boleh pelaku naik dan menyusunnya. bila masa yang mereka sempat buat semua ini." jelas batrisyia kepada guru disiplin yang pada ketika itu dipegang oleh cikgu Zakaria dan teacher Adilah. “Betul juga cikgu, blok sekolah ini terkunci setiap malam. Dan perempuan mana yang tidak malu menyusun seluar dalam mereka macam itu sekali.” Noni menambah lagi penjelasan daripada Batrisyia.

“Baiklah, kita tengok macam mana dua tiga hari ini. Kumpul segala bukti dan awak awasi individu yang mencurigakan dan disyaki.” Jelas cikgu Zakaria atau lebih dikenali cikgu Zack kepada Noni dan Batrisyia disaksikan oleh Teacher Adilah. Mereka masih tidak boleh menuduh dan mengesyaki sesiapa memandangkan setakat ini tiada siapa yang kelihatan mencurigakan. Mereka berdua dibenarkan pulang memandangkan jam suda menunjukkan jam 2.30 petang.
Pelajar-pelajar menjalani rutin mereka seperti biasa. Meskipun sudah dua hari perkara yang sama berlaku. Masih belum ada tanda-tanda atau individu yang disyaki.

“Noni, batisya! Tudung aku hilang. Pintu bilik aku terbuka semalam dan satu aras tingkat 3 semalam blackout!” Noni dan Batrisyia memandang sesama sendiri. Terus mereka bertiga menaiki tingkat 3 dan bertanya kepada pelajar aras 3. Ya, benar semua mengakui perkara yang sama tidak kurang juga ada yang terpinga-pinga akibat mereka tidur mati semalam. “Pelik ni. Macam mana dia boleh masuk dengan pintu-pintu terkunci?” Batrisyia memandang Noni merangkak partner terbaik dia pada ketika itu.

“Jangan-jangan……” Noni mula mengesyaki seseorang.
“Tak akanlah. Dia baik kot” Batisyia cuba menidakkannya. Walaupun hakikatnya ada logiknya.
Semua pelajar semakin berhati-hati untuk kemana-mana. Setiap hari ada sahaja berita-berita menyeramkan aduan daripada pelaja-pelajar asrama. Warden dan pihak pengurusan sekolah semakin pening dengan kejadian yang berlaku. Seluar dalam terbang sewaktu Jemaah solat zohor beramai-ramai. Batrisyia tanpa ragu-ragu pantas menyelak tabir yang menghalang antara bahagian lelaki dan perempuan pada ketika itu. Dia menyangka dapat menangkap pelaku tersebut. namun kecewa kerana pihak lelaki kelihatan terpinga-pinga dengan kelakuan Batrisyia sedangkan pihak perempuan marah dengan perkara tersebut. semakin hari pelaku tersebut semakin psiko.

“Batrisyia, kau tahu tak pagi tadi sebelum kami meninggalkan bilik. Budak-budak bilik aku terjumpa bra tergantung di bilik kami. Siap dengan nama pemilik dan nombor bilik. Malu wei.” Batrisyia menepuk dahinya semakin memeningkan kepala. Batrisyia memanggil Noni di kelas bersebelahan menyampaikan berita yang disampaikan oleh Hakim itu. Terbuntang mata Nani mendengar berita tersebut. Bra tersebut ditulis dengan nama Penolong Ketua Pengawas sekolah dengan nama bilik no 3 tingkat 1. Maka, menangislah Afiqah yang mengatakan itu bukan miliknya tetapi kenapa perlu mengaibkan dia. Noni menenangkan Afiqah yang pada ketika itu teresak-esak menangis dibahunya.
……………………………………………………………………………………….
“Amar. Boleh saya bercakap dengan kamu sekejap?” Pengetua memanggil orang yang paling disyaki pada ketika itu sebagaimana sangkaan Batrisyia dan Noni.
“Ya tuan. Baiklah.” Amar cuak. Inilah pertama kali dia dipanggil pengetua secara peribadi.
“Mana kunci pintu pagar setiap blok sekolah ini?” Pengetua Encik Abdul Muiz menyoal pengawal sekolah, encik Ahmad Amar.
“Ada dengan saya tuan. Kenapa ya?” Amar menjawab bersahaja.
“adakah kamu kunci semua pagar dan pintu blok sekolah ini? Pengetua terus menyoal.
“Ya, tuan. Kenapa soalan begini ya tuan?” Amar menjawab dengan penuh tanda Tanya.
“Kamu tahu apa yang sedang berlaku sekarang?” pengetua masih dengan soalan-soalan yang mengelirukan Amar.
“Hm. Kes itu ya tuan. Maaf tuan saya Cuma tahu sikit-sikit sahaja.” Jelas pengawal keselamatan itu.

Hampir 1 jam perbualan mereka akhirnya berakhir dengan tanda Tanya lagi. Nampaknya abang amar tidak bersalah. Tapi siapa? Hanya dia yang boleh memegang kunci blok sekolah dengan blok asrama. Pelajar-pelajar sudah mula pulang ke bilik masing-masing. Jam menunjukkan jam 1030 malam. Noni dan Batrisyia serta Ahli jawatankuasa yang lain masih bingung dengan kejadian ini termasuklah ahli jawatan kuasa aspura (penginapan pelajar lelaki). Masing-masing menuduh dan membuat spekulasi ke atas semua orang dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Argh. Sakitlah!” Batrisyia tersedar daripada lenanya. Terjaga tatkala rambut panjangnya ditarik oleh seseorang ketika tidur dari luar tingkap. Dia sempat melihat tangan yang keluar dari tingkap. Dia terpaku dan seram sejuk mula menyerang dirinya. “fatihah, bangun! Tadi aku nampak tangan keluar dari arah tingkap ini beb. Aku takut. Dia tarik rambut aku!”Fatihah yang masih mamai mengajak Batisyia tidur di sebelahnya. Dan dia menyambung kembali lenanya, Batrisyia mengomel tingkahlaku Fatihah yang langsung tiada kasihan terhadap dirinya yang masih ketakutan.

“Noni, semalam ada orang masuk bilik aku. Dia off suis lampu. Aku terjun dari katil atas kejar tapi tak sempat. Sekelip mata dah hilang.” Bersemangat Farah bercerita kepada Noni kejadian semalam ketika dia sedang asyik membaca novel di atas katilnya.
“Kau kejar dia Farah? Beraninya kau? Bahaya taw. Mana tahu dia ada bawa pisau?” noni meninggikan suaranya menasihati Farah agar berfikir sebelum bertindak. Kita perlu berfikir besar kemungkinan pelaku membawa senjata.

“Tetapi pelakunya perempuan. Aku nampak dia bertudung. Mereka 2 orang.” Kali ini Noni semakin pelik. Dia langsung tidak masuk akal. Tetapi tidak mustahil kerana pelaku boleh masuk ke dalam dorm wanita tanpa menggunakan kunci. “Herm..terima kasih Farah atas maklumat. Jangan buat perkara merbahayakan diri sendiri lagi” Farah mengangguk dan pergi meninggalkan Noni bersendirian di biliknya.
……………………………………………………………………………………

“Malam ini saya tiada di asrama, apa-apa yang berlaku boleh berhubung dengan cikgu Maznah dia ada di kuarters sekolah. Begitu juga dengan Encik Hamdan dia bermalam di Aspura. Saya minta maaf tidak dapat bersama-sama kamu mala mini. Berkat malam jumaat ini saya mohon kamu semua lakukan solat hajat berdoa sngguh-sungguh supaya diberi jalan keluar daripada masalah ini. Saya doakan kamu semua dapat selesai masalah ini secepatnya.” Cik Maria terpaksa pulang ke kampong pada hujung minggu tersebut kerana dia perlu menyiapkan persediaannya sebelum hari besar beliau diadakan pada bulan 11 akan datang. Mereka semua maklum dengan hal Cik Maria.

Semua pelajar bersedia dengan tray besi di hadapan pintu bilik masing-masing dengan harapan sekiranya pelaku tersebut masuk dan terdengar mereka melanggar tray besi tersebut maka dapatlah mereka memukul dan menangkap pelaku tersebut. batang kayu penyapu juga siap sedia di tepi pelajar-pelajar semua. Semua pelajar sudah tidak tidur di katil sendiri. Masing-masing tidur berdua-dua dengan kawan masing-masing. Jam menunjukkan jam 0300, Batrisyia masih membaca novel Siti Rosmizah muka demi muka surat. Pelbagai bunyi bunyian yang disengarinya daripada tingkat bawah. Bunyi lelaki batuk masih lagi disangka baik mungkin pengawal keselamatan membuat rondaan. Bunyi tong sampah jatuh masih dianggap kucing yang terbalikkan. Dia tidak dapat melelapkan mata walau Noni sudah berdengkur di sebelahnya.

“Noni, teman aku pergi toilet. Pukul 3 suku ni, aku tak berani ah nak pergi sorang-sorang.” Batrisyia mengejutkan Noni.
“Kau pergi kejutkan lagi sorang. Aku tak berani kita berdua sahaja.” Noni menjawab dalam keadaan mamai.
Batrisyia mengejutkan mimi yang pada ketika itu mendengar mp3 dan juga belum dapat melelapkan mata. Mungkin kerana masing-masing takut dan bimbang untuk tidur. 2 batang kayu penyapu di bawa bersama ketika perjalanan ke tandas. Ketika tiba di hadapan tandas. Batrisyia mendahului masuk ke tandas. Dan bertukar giliran Mimi dan Noni juga ikut ke tandas. Bunyi paip air dari kolah mandi tingkat bawah kedengaran bersama bunyi tapak kaki orang berjalan. Batrisyia menyedapkan hati mungkin ada pelajar yang ke tandas di tingkat bawah. Mimi dan Noni selesai melepaskan hajat. Mereka bertiga berjalan menuju kebilik.

“Weh!” Batrisyia menjerit.
“Hei!” terbuntang mata mimi.
Manakala Noni terpaku. Batang penyapu dihulurkan kepada batrisyia.
“ALLAHU AKBAR! Woi !!! bangun woiiiiii..lelaki lelaki !!!” Suara batrisia memecah kesepian malam.
Noni berlari sepantas lipas kudung mengejar 2 orang lelaki yang berpakaian ninja dan baju silat melayu itu. Wajah kedua-dua lelaki itu amat dikenali namun mata mereka merah menyala. Aisyah melompat dari katil dengan berseluar tiga suku tanpa bertudung melompat dari tangga ke tangga mengejar dua orang budak lelaki tersebut. Namun mereka gagal mengejar kedua-duanya. Aisyah balik dengan keadaan yang malu kerana tidak sedar dengan tindakannya itu. Noni dan Batrisyia bersiap ke Aspura untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Encik hamdan. Masing-masing bersiap apa adanya. Ada yang memakai tudung basahan ke toilet, ada yang memakai kain telekung, ada yang hanya memakai tuala sekadar yang boleh menutup kepala mereka untuk menemani Noni dan Bartisyia ke Aspura.

Encik Hamdan terpisat-pisat membuka pintu biliknya. Terkejut melihat kami beramai-ramai seperti membuat demonstrasi turunkan harga minyak. Setelah dijelaskan tujuan mereka datang berjumpa dengan Encik hamdan. Encik hamdan bergegas membunyikan loceng kecemasan kepada penghuni aspura. Kami dibenarkan pulang ke aspuri. Namun, kami masih lagi berjumpa dengan ahli jawatankuasa aspura, Hakim dan Rusli, selaku kapten dan penolongnya. 15 minit kami bersembang. Kami terdengar orang terjerit-jerit dari jauh.

“Dah dapat.” Rupa-rupanya abang Amar mengejar pelaku tersebut dengan motorsikal. Katanya seorang sahaja yang tertangkap menuju kearah kubur lama yang terletak di belakang padang sekolah. Dan pelajar lelaki tersebut bersilat di padang tersebut sebelum berlawan dengan abang amar. Abang amar mengazan budak lelaki tersebut. alangkah sedih dan sayu hati mereka pelajar tersebut merupakan seorang pelajar tingkatan satu berada di kelas yang pertama.merupakan seorang hafiz al-quran. Namanya Haziq. Haziq mengamalkan ilmu hitam dan saka daripada nenek moyang beliau. Dia melakukan hal itu kerana berdendam dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut yang suka membuli beliau termasuk pelajar perempuan yang sering memanggilnya dengan panggilan Apek.

Jeritannya memecah kesunyian malam. Jam menunjukkan jam 0445 pagi, Cikgu Hamdan pula mengheret seorang lagi pelajar yang melakukan perkara tersebut. pelajar tersebut merupakan orang suruhan Haziq yang dipukau dengan ilmu sihirnya.  Pelajar tersebut dikatakan sering mengejek Haziq dengan panggilan binatang yang hina. Dia juga sering memaksa haziq memanjat pokok kerana seronok dengan kelakuan haziq yang mudah diperbodohkan. Batrisyia menangis keesokkannya mendengar pengakuan Haziq dan Azrin. Mereka berdua membuat keputusan untuk pindah ke sekolah sebelum dibuang oleh pihak sekolah. Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam kejadian yang berlaku. Noni dan Batrisyia serta pihak atasan melakukan sujud syukur akhirnya segala misteri terjawab akhirnya setelah 2 minggu bergelut dengan perasaan takut dan bimbang tinggal di asrama tersebut.

Thursday, March 12, 2020

Putri Mayang Sari


                                                                 Gambar sekadar hiasan 

"Umbukkkk..Mayang di umbuk...
Umbuk dengan jala....jemaaaaleeee''


ulek mayang terus berkumandang di bilik Maya. mendengar lagu ulek mayang merupakan kegemaran maya. kata orang tua-tua di kampungnya. wajahnya cantik seperti Mayang Sari. Tidak dinafikan alis mata maya cukup memukau mata-mata yang memandang. dia sendiri tidak pernah melihat siapa mayang sari. namun, apabila dia cuba mencari maklumat di rumah encik google dia terdengar lagu ulek mayang yang dikaitka dengan Mayang Sari.

"Kakak, kenapa dengar lagu ini." Tegur ibu apabila terdengar lagu ini ketika melintasi bilik maya. terus ibunya bercerita tentang kisah yang dikaitkan dengan putri bunian kepercayaan orang zaman dahulu. maya keliru dengan perasaannya. takut, risau, seram bercampur namun jauh dilubuk hatinya dia masih mahu mendengar nyanyian tersebut. seperti satu semangat kepada dirinya. lagu tersebut seperti membela dirinya yang teraniaya. putri Mayang Sari berjaya menumpaskan kaum Adam menyembah melutut merayu kepadanya. itulah yang dirasakan oleh Sumaiyah Raisha atau dikenali sebagai Maya.

"puteri dua berbaju serong, puteri dua bersanggul sendeng, puteri dua bersubang gading, puteri dua berslendang kuning." Seharian Maya mengulang bahagian korus lagu ulek Mayang sehingga disedari oleh adiknya. 
"kakak, apesal kau asyik menyanyi lagu puteri-puteri ni, seram tau bunyinya. bukankah ibu marah menyanyi lagu ini?"
"Aku cuma menyanyi sahaja. lagu ni macam nama aku kan, orang kampung pun cakap rupa aku mirip Mayang sari."
"merepeklah kau ni kak. eh, kak daripada kau asyik menyanyi lagu tu je kan baik kau tolong aku jahit manik-manik ni. aku takut tak sempat siap tempahan kawan-kawan aku ni."
"La..tangan aku tak berseni lah untuk buat gelang-gelang ini semua. tangan aku ada seni tarian sahaja taw. macam Mayang Sari. Hehe."
"Ish..annoying la kau kakak! berangan betul!" Farihah bengkek dengan perangai kakaknya yang semakin meminati lagu misteri tersebut. kata ibu lagu tersebut memang sudah banyak diubai suai daripada lirik asalnya. lirik asalnya sudah tidak lagi dinyanyikan orang. artis-artis terkini jugak ada menyanyikan lagu-lagu ini seperti Ella, kromok dan uji Rashid. tetapi kalau betul sudah diubah kenapa masih tidak dibenarkan menyanyi?

Doom! Farihah terjaga daripada tidurnya. terdengar bunyi sesuatu yang jatuh daripada luar biliknya.  terjinjit-jinjit Farihah berjalan ke arah pitu bilik bersama sebotol ridsect takut-takut perompak masuk ke rumahnya. dia akan segera semburkan ridsect ke mata perompak tersebut atau memukulnya dengan botol ridsect tersebut. argh mana-mana yang sempatlah. Farihah terus berjalan ke arah ruang tamu. tiada apa-apa yang berlaku. farihah menarik nafas lega. mungkin kucing. farihah berpaling ke arah dapur ingin meneguk secawan air dia sudah haus melawan perasaan berdebarnya tadi.

' tup! tup! tup' bunyi manik-manik berterabur daripada arah ruang tamu tadi. terbuntang mata Farihah air yang diteguk tersekat di skala enam tekaknya. berterabur manik-manik gelangnya di kaki Farihah. dia terkaku di situ kaki tangan bibir nya mulai sejuk dan tidak dapat bergerak. siapa pula yang bermain manik-maniknya malam-malam hari begini? kakinya terasa berat melangkah. mengintai dari dinding dapur ke arah ruang tamu. masih kosong. tiada apa-apa yang berubah. 

"Hmmm..umbukkkkk...mayang diumbukk" sekali lagi Farihah terpaku seperti mahu menjerit dan masih tersekat di kerongkong tekaknya. matanya sudah panas. mahu sahaja dia menangis disitu. namun apekan daya hanya dia dan kakaknya sahaja dirumah ketika itu. Perlahan-lahan dia ke arah bilik Maya. dia dapat merasakan bahawa sesuatu itu datang daripada lagu Ulek Mayang yang sering dinyanyikan oleh kakaknya. dia sudah tidak tahan lagi. Pintu kayu berwarna coklat ditolak perlahan-lahan. 'Doom!' pintu tertutup sendiri dengan kuat.

"Kakak !! kak maya ! buka pintu kakak!" Farihah mengetuk pintu bilik kakaknya sekuat hati. dia tahu kakaknya dalam bahaya. 
"kak maya! buka pintu kakak!!" 
"Kenapa Farihah? kakak di sini." farihah terpaku lagi kali ini suara kakaknya datang dari belakang. Dia menelan air liur melihat kakaknya. berbaju kuning songket, berselendang kuning, bersanggul tinggi, bersubang besi lanjut dan cantik sekali. dia terpukau dengan kecantikan kakaknya dan hanyut.

"Ya Allah! kenapa aku kat sini? Kak Maya? eh, ini bilik Kak Maya? kenapa aku bukan di bilik aku?" Farihah terus keluar mencari kakaknya diluar bilik. "Maya!! kenapa dengan kau ha?" Menangis Farihah melihat melihat keadaan kakaknya. lemah tidak bermaya. berpakaian kebaya lama. bersanggul tidak ubah seperti nenek kebayan. maya membuka matanya dan pandangannya kabur.

"Dia datang. Semalam aku jumpa dia. Mayang Sari. Dia ajarkan aku menari. aku ikut." 
"Apa kau ni ha Maya! kau tahu tak kau dah dirasuk. muka kau macam cik ponti aku tengok!" Farihah memeluk kakaknya yang tidak bermaya. Memapah kakaknya untuk mandi dan membersihkan solekan yang menyeramkan.

"Kakak, aku tahu aku cuma adik. kali ini sahajalah kau dengar nasihat aku. semalam aku nampak kau terlalu cantik aku tahu itu bukan kau. kau menari-nari dengan seorang wanita yang berpakaian nenek kebayan, bermata merah menyala kak. dia tidak secantik yang kau nampak kak."
Maya menjenggil matanya kepada Farihah. "Kau dan ibu sama. suka halang apa yang aku suka!" Maya lari daripada adiknya dan terus keluar daripada rumah. teresak-esak Farihah menangis dengan kelakuan pelik kakaknya itu. 

"Putri empat berbaju serong, puteri empat bersanggul sendeng, puteri empat bersubang gading, puteri empat berslendang kuning." Sayup-sayup dia mendenagr kakanya berlari sambil menyanyi. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia mengambil kunci motor menuju ke rumah Imam Harraz. Dia tidak mampu lagi menghalang kakaknya jika terlambat pasti bahaya yang mengundang. belum lagi sempat untuk dia memberitahu kedua ibu bapanya yang sibuk bekerja diluar kawasan. dia tahu pasti mengambil masa yang lama untuk mereka tiba ke rumah. ini bukan masa yang sesuai, hanya jira yang mampu menolongnya untuk masa sekarang.

"Sabar Farihah. Saya tak rasa dia akan dapat dijumpai di siang hari. kebetulan malam ini bulan mengambang. saya pasti kakak kamu dapat dijumpai. bulan terang malam ini. inshaAllah."terang Imam Harraz. Imam juga meminta orang kampung untuk membuat bacaan yassin dan bacaan al-quran di rumah Farihah. Ibu bapanya juga sudah tiba daripada Sarawak kepulangan yang kecemasan.
Maka berkumandanglah kalam-kalam Allah disekitar Kampung Gong Awak, Kuala Terengganu. 

"Setelah matahari tenggelam, kita selesaikan solat maghrib, solat taubat dan solat hajat beramai-ramai." Imam harraz menyarankan orang kampung melakukan solat berjemaah dengannya membantu memudahkan urusan pencarian Maya yang dipercayai lari di pantai yang berdekatan. Usai sahaja solat hajat. Imam Harraz dan orang kampung menuju ke pesisir pantai pada jam kira-kira 9 malam. sepanjang perjalanan hanya berkumandang azan daripada orang kampung. setibanya di tepi laut. Ombak kelihatan garang dan bergelombang tinggi. Imam Harraz meminta agar orang kampung jangan berhenti berdoa dan membaca al-quran. ibu bapa Maya menangis teresak-esak.

"Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat, nasi berwarna hamba sembahkan." Imam Harraz mengumpan semangat laut dengan bacaan mentera daripada lirik lagu tersebut. tiba-tiba angin bertiup kencang diselangi dengan hilaian entah daripada mana datangnya. Imam terus berdialog dengan Putri Mayang Sari minta dilepaskan Maya yang hanya manusia biasa yang tersilap memuja dan memangil semangat puteri. Imam Harraz terus berunding dengan Putri Mayang Sari dan Maya tetiba datang dari belakang Putri Mayang Sari. Dia bersyukur walaupun keadaan Maya sudah lemah tidak bermaya. Ibu Bapa Maya segera menerpa ke arah anakanda mereka. Putri Mayang Sari memandang orang kampung dengan jelingan yang tajam sekali sebelum menghilangkan diri. 

"Sudah, jangan kau ulangi lagu itu lagi. lagu itu mungkin lirik asalnya sudah diubah, namun lirik yang diubah masih menyeru semangat Putri Mayang Sari. mereka semua berketurunan jin yang tidak akan mati sehingga hari kiamat. Jadi selama mana pun cerita orang-orang tua dahulu kala jangan kita permainkan. mungkin ada kebenarannya. Putri Mayang Sari berpesan dia tidak akan mengganggu kampung kita lagi namun harus berpada-pada. sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia."
Maya mengangguk dan ibu bapanya terus memeluk erat kedu-dua orang anaknya. orang kampung mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. 

"Maya? Maya?" Farihah menepuk-nepuk pipi kakaknya.
"Apesal kau terjerit-jerit ni? menari-nari lagi? kemaruk ulek Mayang lagi ya? Maya keliru. badannya terasa sakit kepalanya terasa berat. Dia seperti bermimpi daripada mimpi yang panjang. namun kenapa dia terasa sakit. Dia menghela nafas yang panjang. turun daripada katilnya menarik tuala. apabila diselak badannya terserlah kesan-kesan lebam yang banyak dan jelas memandangkan kulit Maya yang putih melepak. Dia keliru dan masih tertanya-tanya. Dicarinya kedua ibu bapanya katanya Farihah masih belum pulang daripada Sarawak. 

Semenjak hari itu, Maya percaya kewujudan Putri Mayang Sari. Siapa pun Putri Mayang Sari dia gembira pernah berjumpa dengannya. setiap petang Maya akan berjalan di pesisir pantai dan menikmati keindahan laut yang cukup luas menenangkan jiwa-jiwa yang sedang kusut berserabut.

Tuesday, February 25, 2020

silent scream


Hancur ketenangan dan keheningan malam. Maya cuba menjerit namun bisu. Maya menepis namun dia lemah. Merelakan? Sudah tentu tidak! Tidak! Dia cuma tidak gagah untuk melawan tangan jahat itu sekiranya semakin mengganas. Kehangatan air mata Maya melawan kesakitan fizikal dan mentalnya ketika itu. Namun, sepertinya syaitan bertopeng manusia itu bernafsu binatang rakus meratah tubuh muda Maya. Gelap sudah dunia Maya bermula pada malam itu.

Maya membisu seharian mengurung diri. Cuba mengadu namun kelu, bukan orang asing. itu Saiful, pak ciknya sendiri. Sekiranya bapa Maya sudah tiada, itulah pengganti walinya. Langsung tidak layak manusia bersifat binatang itu bergelar wali! Api kebencian menyala-nyala di dalam dadanya. 

"Kain putih, kini pudar warnanya". Maya bagaikan terpaku apabila mendengar nyanyian menganjing Saiful. Begitu terhina dirinya. Sudahlah dia tidak mengadu perbuatan jijik Saiful kepada keluarga, itupun sudah cukup beruntung, kau mahu apa lagi? apa kau masih tidak puas sehingga kau nyanyikan aku lagu itu untuk melabelkan diri aku sudah kotor disentuh mu! Mata mula berkaca retak, empangan air mata sudah mula pecah. Jantung Maya bagai dipalu gendang peperangan. Dia berlari tanpa tujuan sekuat hatinya menjauhi diri dari semua orang. Menangislah Maya sepuas hati mu. Darah dagingmu sendiri yang merosakkanmu. Sampainya hati dia!

Langit mulai merah, nyamuk mula menggigit-gigit tubuh genit si Maya, Maya seorang gadis berusia 12 tahun berambut panjang melepasi bahu diikat toncang satu menampar-nampar nyamuk-nyamuk yang cuba menghisap darahnya. Maya bangun untuk pulang ke rumah, mata dan hidungnya masih bengkak kemerahan rupanya dia tertidur dalam tangisan di atas pokok rambutan yang terletak tidak jauh dari rumah opahnya. Dia menangis meraung sepuasnya disitu sebelum mata dan hatinya penat melawan amarah pada diri sendiri. Pokok itulah tempat persembunyiannya setiap kali dimarahi oleh sesiapa. Siapa sangka budak perempuan bertubuh kecil, berambut panjang, kulit putih kemerahan mampu memanjat pokok rambutan yang bersemut hitam itu. 

Hari demi hari berlalu, sesuap nasi cuma seteguk air sahaja yang dijamahnya setiap hari. Itu pun setelah semua manusia lena dibuai mimpi indah. Namun Maya hanya tidur setelah penat melayan kesedihan nasibnya. Emak dan ayahnya langsung tidak perasan dengan perubahan Maya. Maya sangat bijak berpura-pura ketawa dan gembira. Dia tidak pernah menunjukkan rasa sedih dan marah di hadapan orang tuanya. Cuma, Maya kerap menghindarkan diri daripada dilihat orang tuanya.

Mengintai dari tirai kamar biliknya, air matanya tidak mampu dibendung. Lidahnya masih kelu diikat kemas ketika melihat orang tuanya. Wajah tegas bapanya, wajah sayu emaknya membuatkan Maya nekad untuk menyimpan segala rasa dendam dan marah yang membenih dalam dirinya. 

"Yaya, nanti kain sudah kering. Kau angkatlah sebelum gelap. Nanti mak lipatkan". Arah emaknya ketika hendak keluar bersama bapanya ke bandar membeli keperluan dapur. 
"baik mak, nanti Yaya angkat". Jawab Maya sambil tangannya pantas menaip di telefon nokia butterfly miliknya. 

Bunyi enjin kereta hilang dibawa angin lalu. Maya masih tenang di biliknya masih terlalu awal untuk dia keluar mengangkat kain jemuran emaknya yang dipesan sebelum keluar. 

"Maya!! Kenapa kau degil sangat. Bukan ke emak kau pesan angkat kain jemuran sebelum gelap?" adik kepada bapanya, bernama Salma menjerit namanya meminta mengangkat kain jemuran suaranya bagaikan petir yang menyambar memecah ketenangan petang. 

Jam menunjukkan jam 4.20 minit. Pepohon kelapa masih asyik dengan kencangan angin petang.
" Ya, nanti yaya angkat. 5 minit. Yaya nak balas mesej kawan Yaya kejap". Menjawab Yaya sambil tergelak membaca text yang dihantar oleh Neidi. 

"Kak jah, anak kak jah ni malas betul. Tadi saya dah suruh dia lipat baju dia tak nak. Asyik betul bermain telefonnya". Terkedu Maya mendengar dombaan makcik kepada emaknya. Bila pula dia menyuruh aku melipat kain? Kain sudahpun terlipat rapi cuma belum disusun kedalam almari. 

"Biasalah tu Ma. Budak muda sekarang". Jawapan ringkas emak tidak boleh diterima akal langsung. Langsung tidak membela nasib anaknya difitnah. 
"Dooom!!!!! " Maya menghempas sekuat hatinya pintu rumah opahnya. Tanda protes dan marah kepada kedua-dua orang tua yang sedang rancak bersembang mengenai dirinya. Ketukan pintu bertubi-tubi menggegarkan rumah kayu lama itu. 

"Buka pintu ini Maya! Kenapa kau begitu kurang ajar dengan orang tua!" jerkah ayahnya dari luar pintu. Maya tidak menjawab hanya diam berjuta bahasa. 

"buka pintu ini sebelum aku pecahkan pintu!" sumpah Maya semakin takut. 
"Pang!" sedas penampar hinggap di pipi Maya sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya. Merah pahanya dicubit oleh kedua orang tuanya. 

Tangisan Maya kuat dan raungannya memecah kesunyian waktu maghrib. Meraung raung bagai disiat-siat kulitnya pada ketika itu. Dibaling nya bantal dan botol-botol disekelilingnya. Namun, semakin bertambah sakit yang dihadiahkan oleh bapanya dengan tamparan dan cubitan untuk mendiamkan Maya. 

Maya, lari dari rumah kayu itu. Berkaki ayam tanpa tudung dia lari. Namun, sempat dikejar ayahnya. Ayahnya cuba menenangkan dirinya yang disangka tidak pandai menahan marah dan tidak menghormatinya. 

"makan!" ayah menyuruhnya makan. Namun, Maya tidak memberikan sebarang respon. Lapar. Ya, memang lapar. Sudah beberapa hari Maya tidak menjamah makanan dan minuman. Dia nekad untuk tidak mahu makan dan minum dengan air tangan orang yang dia benci. Dia jijik, pedih hatinya! Belum sempat membela nasibnya dicabul Saiful, kini makciknya pula menuang minyak ke atas bara api. 

"Abang, tengok tu Maya, bukan dia nak makan apa yang kita masakkan. Dia beli lagi di kedai. Sudah budak-budak ni semua mahu membeli di kedai". Aduan-aduan makcik kepada bapanya diabaikan. 

Maya membuka plastik chipsmore dan freshmilk yang dibelinya dan dimakan dengan begitu rakus. Perutnya sudah terlalu lapar dan gastrik mula menyerang teruk. 

"pap!" sepakan hinggap ke kakinya yang bersarung selipar jepun putih. 
"kenapa kau tidak makan makanan yang orang masak? Kenapa membazir duit membeli di kedai? Kau kenapa terlalu kurang ajar? Siapa yang mengajarmu demikian rupa? Jantan mana yang kau berkawan ni?" bertubi-tubi soalan yang dituju kepada Maya selepas kakinya disepak oleh ayahnya. Chipsmorenya juga dibaling ke tanah. 

" haha" ketawa Maya ringkas dengan air mata bisunya. Dia tergelak dan menangis serentak. Tidak mampu berkata-kata. Maya kini menyedari yang dia tidak mungkin boleh mengadu perkara yang lebih besar yang berlaku terhadap dirinya sedangkan perkara sekecil ini sudah dibalas dengan sekeras itu. 

"kakak, nak chipsmore?" minta anak makcikku chipsmore yang baru sahaja dia kutip di atas tanah akibat dicampak ayahnya.

"sini kau, nak chipsmore ya?" Maya memanggil budak itu datang, dan dia datang mendekati Maya sambil menghulurkan tangan kecil comotnya. 

"Nah! Kau tahu tak mak bapak kau tu dah buat aku macam ni?" tengking Maya terhadap budak kecil berusia 5 tahun itu sambil mencubit perut budak tersebut. Betul-betul Maya melepaskan geram kepada budak itu. 

"Shamil masuk!" jerit ayahnya sebaik sahaja melihat perbuatan Maya terhadap anaknya. Maya memalingkan wajahnya 180' dan menjeling puas kepada bapanya. 

Semenjak hari itu. Sifat keayuan dan kelembutan Maya bertukar menjadi ganas dan keras. Hatinya bagaikan diikat dengan ranting tajam berduri-duri penuh benci. Dendam dan marahnya sentiasa berselang-seli menghantui hari-harinya. Menyimpan barangan-barangan tajam menjadi kepuasan dirinya. Setiap hari dia menggilap parang-parang dan garfu-garfu tajam yang di simpan di bawah katil 'single' di biliknya. Di cium-cium bau-bau besi setelah selesai menggilap barangan simpanannya yang belum pernah digunakan sambil tersenyum ketawa.

"Wah, mantap!" Terpana seketika dengan kata-kata Hakimi. Maya tiba-tiba tidak selesa dengan dirinya. Apa yang mantap? menarik-narik tudung sekolahnya yang sudah menutupi dada dan bahunya. Dia tidak mngerti. Hampir setiap hari, ada sahaja perkataan-perkataan yang berbaur nafsu ke atas dirinya. Tidak pernah dia meninggalkan stokin, kain alas bahagian dalam. Maya malu, marah sehingga dia sering menyalahkan takdir dirinya dilahirkan. Dirinya sentiasa menjadi pemuas mata-mata jantan. "Tudung aku singkat ke Mija?" Maya meminta pendapat Mirza rakan sebelah mejanya di dalam kelas. "Tak adalah, okay jer. tidak pernah pula kau di tahan guru disiplin sebab kau pakai tudung adik kau ke ape kan?" Benar. Aku tidak pernah ditangkap oleh guru disiplin mengenai tudungnya. "Tapi kenapa? kenapa budak-budak lelaki suka kacau aku? Hakimi tu suka cakap aku mantap. Minggu lepas aku dapat text daripada Tajuddin katanya dia suka dengan bibir aku. apa aku perlu buat?" Maya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Mirza. Suaranya tinggi nadanya sedikit keras, mungkin sudah terlalu lama dia geram dengan nasibnya.

"Terus-terang aku cakap dengan kau. Kau cantik. Kulit kau putih merah Maya. Itu sudah cukup membuatkan mata-mata jahat pantas memandang. Bibir kau tu, terukir cantik mungil lagi." Maya mengeluh sambil menenangkan Maya. Mirza tahu bukan dia minta dilahirkan begitu. "Nasihat aku Maya, kau tutup tangan-tangan kau sekali dengan handsock. Kau tutuplah badan kau dengan baju lain lagi bahagian dalam. Sejujurnya, kita sebagai wanita, selabuh mana pun tudung yang kau pakai, disaat angin meniup ganas ke tubuhmu. tudung tetap melekat membentuk lekuk-lekuk tubuh yang membukit. Apatah lagi kau Maya. Aku pun perasan budak-budak nakal suka sangat dengan kau." Maya memberi nasihat yang mungkin berguna kepada semua insan yang bergelar wanita.

"Kau jangan paksa aku! Kalau tak aku guna cara aku!" bentak Maya kepada budak-budak jalanan yang berpeleseran di kaki lima kerana mencuba menyentuhnya. Maya terpaksa berjalan kaki dari sekolah ke rumahnya setelah selesai kelas tambahan Matematik Tambahan di sekolahnya. Ibu bapanya seperti biasa mengharapkan jiran sebelah rumahnya , Mak Cik Linda mengambil dan menghantar Maya pulang ke rumah. Hari itu, Atyrah anaknya Mak Cik Linda tidak hadir ke kelas tambahan. Maya membuat keputusan untuk terus tinggal di sekolah sehingga kelas selesai dan pulang sendirian. Namun, malang tidak berbau. Dia menjerit namun bagaikan semua manusia di situ tidak bernyawa. tidak mempedulikan jeritannya. Matahari mula tenggelam meninggalkan cahaya merah di kaki langit. Meraung tangisan Maya tenggelam dalam kekaburan detik menanti malam.

"Maya!!! Ayah panggil turun makan." Maya masih lagi dalam keadaan senyap. Tidak menjawab, tidak menangis, tidak makan dan minum. Malah, tidak kesekolah pada hari itu. Ibu Bapanya risau namun mereka menganggap mungkin anaknya itu ada masalah dalam pembelajaran. biasalah untuk pelajar tingkatan lima apetah lagi mengambil aliran Sains Tulen. Berbeza dengan adiknya, dia dapat merasakan sesuatu yang buruk berlaku ke atas kakaknya. adiknya, Farihah menjumpai baju sekolah kakaknya koyak dan kotor selepas pulang daripada sekolah malam semalam dan keadaan kakaknya kelihatan pucat dan penat.

"Kenapa mesti aku? Tiada siapa sayang aku? Aku cuma pemuas nafsu. Makanlah aku, ratah tubuhku ini." Maya bermonolog sambil mengelar paha dan tangannya. "Kak Maya! kenapa ni kakak!!"Farihah terus datang memeluk kakaknya yang berlumuran darah-darah kering. Farihah terus menelefon ambulans. Adiknya yang berusia 15 tahun itu faham kesibukkan orang tua mereka yang kini sedang berada di luar kawasan. Mungkin mengambil masa yang panjang untuk sampai ke rumah.

"Jangan!! jauh daripada aku! aku benci semua orang! Mana kau dikala aku perlukan kau?!" Maya meraung di dalam ward kecemasan hospital. Kaki tangannya diikat oleh doktor kerana dia tidak dapat mengawal tingkah laku agresifnya. Ibu bapanya yang baru sahaja tiba daripada Johor menangis tersedu-sedu meminta maaf.

"Puan, anak puan Sumayyah Raisya binti Ahmad Shamsul perlu kami tahan di ward sementara. Dia mungkin mengalami kemurungan yang teruk akibat kejadian-kejadian yang menimpa ke atas dirinya. Minta ibu dan bapa Sumayyah bersabar dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Saya akan bercakap dengan Sumayyah apabila keadaan dia sudah kembali stabil". Jelas Dr. Kelvin Tan, Pakar Psikitrik di Hospital Serdang.

Setahun berlalu, kini kondisi Sumayyah Raisya atau lebih dikenali dengan panggilan Maya telah stabil. Dia masih lagi dalam pemantauan psikologist dan pakar psikitrik. Dia di sahkan mengalami masalah kemurungan psikotik (skizofernia). Doktor telah mengesahkan bahawa dia tidak disentuh oleh sesiapa pun ketika pulang dari sekolah. Dia telah diselamatkan oleh seorang pak cik yang pulang dari kerja ketika melalui lorong ke rumahnya itu. Masalah delusi yang dialami oleh Maya menyebabkan dia percaya yang ada orang telah membuat jahat terhadap dirinya. namun, doktor juga yakin dia pernah diganggu sebelum kejadian itu kerana Maya kerap mengamuk ketika bertemu dengan mana-mana lelaki termasuk doktor yang bertanggungjawab ke atas kesnya. Menjadi persoalan kepada ibu bapanya kejadian sebelum yang berlaku ke atas anak perempuan sulungnya itu. Farihah menenangkan ibu bapanya dan dia juga kecewa kerana tidak pernah mengambil tahu tentang kakaknya sebelum kejadian itu. 


Rupa yang dikoyak syaitan

'Pang!' bagai direntap nyawanya. kira-kira 5 minit baru sahaja Maya lena, hentakan cermin tingkap yang pecah mengejutkan dia da...