Monday, February 10, 2020

betul ke depress?

"Eh, kau biar betul?"
"alah, main2 ko ni."
"ahh kau. Xpayah la nak sedih2 depress pulak." 
"tak pernah pun nampak kau murung, elok je suara ni" 
"eh, Tak payah nak acah2 depress.. Kalau nak terjun bangunan, terjunlah. "

Terngiang ngiang di telinga kata-kata mereka. Satu tamparan yang hebat. Ini yang aku terima setiap kali aku meluahkan yang aku ada rasa ingin membunuh diri. Bila aku bersuara aku rasa kosong. Mungkin mereka bergurau. Mereka ketawa, di bahan bahannya aku konon cuma dahagakan perhatian, kurang kasih sayang. Bibir mengukir senyuman disaat kolam hati bertakung, mata berkaca retak. Empangan mata hampir pecah. Aku berlari tanpa izin kononnya melepaskan hajat. Ya, melepaskan kebodohan sendiri dek kerana lupa kasut kita tidak sama. Aku menjangkakan luahanku mengurangkan gundah hati, namun sebaliknya aku tidak ubah seperti seorang pelawak yang sedang hiburkan penonton dengan kisah hidup ngeri sendiri.

Ya, memang aku akui. Kekasaran, kekerasan, ketebalan rasa ego dan kekeringan hati memang tidak asing dengan aku. Namun, hari berganti hari aku kerap mengalirkan air mata tanpa sebab. Dada aku seperti dihempap batu besar begitu sukar untuk aku bernafas, kepala aku seperti dicengkam kemas. Suara hati menjerit kuat seperti terpenjara dipenjara sendiri. 

Banyak fungsi harianku terganggu. Banyak yang tersadai dan terabai. Aku kuatkan semangat yang berbaki untuk bangun melawan nafsu ingin mati. 

Tiktok tiktok.. Arghh.. Jam dinding menunjukkan jam 5 petang. Ini waktu pulang ke rumah. Rumah? Aku ada rumah? Rumah itu kan syurga? Tapi bagi aku bukan. Aku tiada rumah. Tepi jalan, bawah bangunan, atas bumbung. Sama saja. Aku pernah tidur di sebuah surau kerana lari dari perasaan malu dan marah. Di situ ada ketenangan, di situlah rumah sementara aku. Tapi sekarang, hati aku berbara semakin marak.. Otak aku tidak dapat berehat terus dan terus bermonolog sendiri. Bayangan kematian semakin jelas. Aku beristighfar panjang..

doomm! Bersepai almari make up aku jatuh, segala botol berselerak atas lantai. Meraung aku pada yang tiada, bagai dirasuk setan. Aku penat, aku nak rehat. Untuk apa hidup begini tak ubah seperti haiwan. Tersedu sedu suaraku, dada semakin berat, kerongkong seperti disekat batu. Mata aku panas. Hujung2 jari kebas sementara lengan ku berlumuran darah membeku. Kenapa belum mati? 

Aku berjalan dan berjalan. Kosong. Dan kosong. Terdengar salakkan anjing ku kira kalau anjing itu lapar. Makan sajalah aku ni. "Assalamualaikum, dik. Rumah adik kat mana? Adik, tengah malam ni. Bahaya dik jalan sorang2." air mata berjurai laju membasahi pipi. Langkahku terhenti. Rupanya aku telah berjalan jauh dari rumah, seekor anjing putih menemani perjalananku. Syukur pada Allah sekali lagi, kerana menghantar orang yang baik baik untuk bawa ku pulang ke rumah. Pandangan kosong ku ke arah jarum jam menujukkan 2.17 pagi. Macam mana aku boleh seberani ini? 

Badan ku sakit kepala berpusing, rupanya aku terlelap. Pada aku siang atau malam sama sahaja. Masih tidak dapat berehat dengan betul. Cuma pada jam 12 tengahari aku mesti bersiap untuk bekerja. Pergilah, kalau terus bercuti. Mak ayah dikampung nak makan apa? Aku? Kadang kadang makan kalau terlalu lapar. 

Hari itu, aku terlalu lapar. Aku berjalan dari seksyen 3 ke seksyen 15 berjalan kaki sendiri. Boleh sahaja pergi dengan pengangkutan yang ada. Namun, entah apan yang aku fikir. Kalau mati, matilah. Hidup? Teruskan sajalah. Pin pinn.. Lori kereta, biarkan mereka. Aku tidak berminat semua itu. Selfishnya aku.. Kalaulah kerana aku mereka kemalangan? Maafkan aku yaAllah. Maafkan aku. 

Sebenarnya aku berniat berpuasa memandangkan aku cuba ingin mengawal perasaan, nafsu. Mungkin berpuasa berkesan. Namun, sebaliknya. Aku semakin teresak2. Semakin tidak keruan. Merengek2 seorang diri. Aku minta maaf pada sesiapa pun aku tidak tahu. Aku tidak dapat meneruskan puasa. Aku haus mungkin. Bodoh juga aku. Sudahlah pergi kerja berjalan kaki, berpuasa pula. 

Aku sudah tiada daya. Tiada tenaga. Aku cuma menghilangkan rasa lapar dengan beberapa beberapa teguk air. "teacher demam ke?"sapa anak syurgaku apabila melihat hidungku berdarah. Aku menahan empangan mata daripada pecah, cukuplah dia melihat darah dari hidungku." Ya, sayang. Kejap ya. Teacher bersihkan hidung teacher dulu." terus berlari ke dalam tandas. Merenung wajah sendiri di cermin kaca, aku bukan aku yang dulu.

Tit tit. Notification grab lagi 1 minit abang grab sampai. "pergi klinik ya dik?" sapa abang grab berbangsa india. "ya. Saya tak sihat" jawabku tanpa memandang ke arah pemandu. "saya pun mahu pergi klinik dik, saya rasa macam demam, tapi ini sudah pukul 5, klinik masih bukakah?" tanya lagi pemandu. "ya, masih. Boleh lah sekali". Jawab aku bersahaja.

"cek tekanan darah ya dik." 
"Tekanan ok, tapi rendah sikit tekanan darah awak, duduk dulu nanti nurse panggil". Sambil aku beralih ke arah kerusi tempat menunggu. Banyak kerusi yang kosong. Hanya aku dan pemandu grab yang memenuhi dua tempat duduk bahagian tengah.

"kenapa awak lambat datang. Pukul 6 kita takde doktor. Awak ni kes kecemasan. Bukan di sini. Awak sepatutnya ke hospital besar." tinggi nada suara doktor sejurus melihat kesan2 kelar pada tangan aku. Aku diam hanya air mata sebagai jawapan terbaik. Muka bersahaja mendengar arahan arahan doktor. 

"saya akan buat surat untuk awak refer kepada hospital kajang. Awak kena pergi sekarang. Awak tidak tinggal bersama family. Saya tak nak tangguh lagi. Saya tak nak bertanggungjawab kalau saya biarkan awak balik sekarang, apa apa yang buruk berlaku lepas ni susah saya". Doktor membebel panjang sambil menulis pada borang yang perlu diisi. Aku redha lah apa yang berlaku. Aku sendiri tidak yakin dengan diri sendiri.
Biarlah orang yang arif menjaga ku mungkin itu lebih baik. 

Bersambung....... 

No comments:

Post a Comment

Rupa yang dikoyak syaitan

'Pang!' bagai direntap nyawanya. kira-kira 5 minit baru sahaja Maya lena, hentakan cermin tingkap yang pecah mengejutkan dia da...