Gambar sekadar hiasan
Umbuk dengan jala....jemaaaaleeee''
ulek mayang terus berkumandang di bilik Maya. mendengar lagu ulek mayang merupakan kegemaran maya. kata orang tua-tua di kampungnya. wajahnya cantik seperti Mayang Sari. Tidak dinafikan alis mata maya cukup memukau mata-mata yang memandang. dia sendiri tidak pernah melihat siapa mayang sari. namun, apabila dia cuba mencari maklumat di rumah encik google dia terdengar lagu ulek mayang yang dikaitka dengan Mayang Sari.
"Kakak, kenapa dengar lagu ini." Tegur ibu apabila terdengar lagu ini ketika melintasi bilik maya. terus ibunya bercerita tentang kisah yang dikaitkan dengan putri bunian kepercayaan orang zaman dahulu. maya keliru dengan perasaannya. takut, risau, seram bercampur namun jauh dilubuk hatinya dia masih mahu mendengar nyanyian tersebut. seperti satu semangat kepada dirinya. lagu tersebut seperti membela dirinya yang teraniaya. putri Mayang Sari berjaya menumpaskan kaum Adam menyembah melutut merayu kepadanya. itulah yang dirasakan oleh Sumaiyah Raisha atau dikenali sebagai Maya.
"puteri dua berbaju serong, puteri dua bersanggul sendeng, puteri dua bersubang gading, puteri dua berslendang kuning." Seharian Maya mengulang bahagian korus lagu ulek Mayang sehingga disedari oleh adiknya.
"kakak, apesal kau asyik menyanyi lagu puteri-puteri ni, seram tau bunyinya. bukankah ibu marah menyanyi lagu ini?"
"Aku cuma menyanyi sahaja. lagu ni macam nama aku kan, orang kampung pun cakap rupa aku mirip Mayang sari."
"merepeklah kau ni kak. eh, kak daripada kau asyik menyanyi lagu tu je kan baik kau tolong aku jahit manik-manik ni. aku takut tak sempat siap tempahan kawan-kawan aku ni."
"La..tangan aku tak berseni lah untuk buat gelang-gelang ini semua. tangan aku ada seni tarian sahaja taw. macam Mayang Sari. Hehe."
"Ish..annoying la kau kakak! berangan betul!" Farihah bengkek dengan perangai kakaknya yang semakin meminati lagu misteri tersebut. kata ibu lagu tersebut memang sudah banyak diubai suai daripada lirik asalnya. lirik asalnya sudah tidak lagi dinyanyikan orang. artis-artis terkini jugak ada menyanyikan lagu-lagu ini seperti Ella, kromok dan uji Rashid. tetapi kalau betul sudah diubah kenapa masih tidak dibenarkan menyanyi?
Doom! Farihah terjaga daripada tidurnya. terdengar bunyi sesuatu yang jatuh daripada luar biliknya. terjinjit-jinjit Farihah berjalan ke arah pitu bilik bersama sebotol ridsect takut-takut perompak masuk ke rumahnya. dia akan segera semburkan ridsect ke mata perompak tersebut atau memukulnya dengan botol ridsect tersebut. argh mana-mana yang sempatlah. Farihah terus berjalan ke arah ruang tamu. tiada apa-apa yang berlaku. farihah menarik nafas lega. mungkin kucing. farihah berpaling ke arah dapur ingin meneguk secawan air dia sudah haus melawan perasaan berdebarnya tadi.
' tup! tup! tup' bunyi manik-manik berterabur daripada arah ruang tamu tadi. terbuntang mata Farihah air yang diteguk tersekat di skala enam tekaknya. berterabur manik-manik gelangnya di kaki Farihah. dia terkaku di situ kaki tangan bibir nya mulai sejuk dan tidak dapat bergerak. siapa pula yang bermain manik-maniknya malam-malam hari begini? kakinya terasa berat melangkah. mengintai dari dinding dapur ke arah ruang tamu. masih kosong. tiada apa-apa yang berubah.
"Hmmm..umbukkkkk...mayang diumbukk" sekali lagi Farihah terpaku seperti mahu menjerit dan masih tersekat di kerongkong tekaknya. matanya sudah panas. mahu sahaja dia menangis disitu. namun apekan daya hanya dia dan kakaknya sahaja dirumah ketika itu. Perlahan-lahan dia ke arah bilik Maya. dia dapat merasakan bahawa sesuatu itu datang daripada lagu Ulek Mayang yang sering dinyanyikan oleh kakaknya. dia sudah tidak tahan lagi. Pintu kayu berwarna coklat ditolak perlahan-lahan. 'Doom!' pintu tertutup sendiri dengan kuat.
"Kakak !! kak maya ! buka pintu kakak!" Farihah mengetuk pintu bilik kakaknya sekuat hati. dia tahu kakaknya dalam bahaya.
"kak maya! buka pintu kakak!!"
"Kenapa Farihah? kakak di sini." farihah terpaku lagi kali ini suara kakaknya datang dari belakang. Dia menelan air liur melihat kakaknya. berbaju kuning songket, berselendang kuning, bersanggul tinggi, bersubang besi lanjut dan cantik sekali. dia terpukau dengan kecantikan kakaknya dan hanyut.
"Ya Allah! kenapa aku kat sini? Kak Maya? eh, ini bilik Kak Maya? kenapa aku bukan di bilik aku?" Farihah terus keluar mencari kakaknya diluar bilik. "Maya!! kenapa dengan kau ha?" Menangis Farihah melihat melihat keadaan kakaknya. lemah tidak bermaya. berpakaian kebaya lama. bersanggul tidak ubah seperti nenek kebayan. maya membuka matanya dan pandangannya kabur.
"Dia datang. Semalam aku jumpa dia. Mayang Sari. Dia ajarkan aku menari. aku ikut."
"Apa kau ni ha Maya! kau tahu tak kau dah dirasuk. muka kau macam cik ponti aku tengok!" Farihah memeluk kakaknya yang tidak bermaya. Memapah kakaknya untuk mandi dan membersihkan solekan yang menyeramkan.
"Kakak, aku tahu aku cuma adik. kali ini sahajalah kau dengar nasihat aku. semalam aku nampak kau terlalu cantik aku tahu itu bukan kau. kau menari-nari dengan seorang wanita yang berpakaian nenek kebayan, bermata merah menyala kak. dia tidak secantik yang kau nampak kak."
Maya menjenggil matanya kepada Farihah. "Kau dan ibu sama. suka halang apa yang aku suka!" Maya lari daripada adiknya dan terus keluar daripada rumah. teresak-esak Farihah menangis dengan kelakuan pelik kakaknya itu.
"Putri empat berbaju serong, puteri empat bersanggul sendeng, puteri empat bersubang gading, puteri empat berslendang kuning." Sayup-sayup dia mendenagr kakanya berlari sambil menyanyi. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia mengambil kunci motor menuju ke rumah Imam Harraz. Dia tidak mampu lagi menghalang kakaknya jika terlambat pasti bahaya yang mengundang. belum lagi sempat untuk dia memberitahu kedua ibu bapanya yang sibuk bekerja diluar kawasan. dia tahu pasti mengambil masa yang lama untuk mereka tiba ke rumah. ini bukan masa yang sesuai, hanya jira yang mampu menolongnya untuk masa sekarang.
"Sabar Farihah. Saya tak rasa dia akan dapat dijumpai di siang hari. kebetulan malam ini bulan mengambang. saya pasti kakak kamu dapat dijumpai. bulan terang malam ini. inshaAllah."terang Imam Harraz. Imam juga meminta orang kampung untuk membuat bacaan yassin dan bacaan al-quran di rumah Farihah. Ibu bapanya juga sudah tiba daripada Sarawak kepulangan yang kecemasan.
Maka berkumandanglah kalam-kalam Allah disekitar Kampung Gong Awak, Kuala Terengganu.
"Setelah matahari tenggelam, kita selesaikan solat maghrib, solat taubat dan solat hajat beramai-ramai." Imam harraz menyarankan orang kampung melakukan solat berjemaah dengannya membantu memudahkan urusan pencarian Maya yang dipercayai lari di pantai yang berdekatan. Usai sahaja solat hajat. Imam Harraz dan orang kampung menuju ke pesisir pantai pada jam kira-kira 9 malam. sepanjang perjalanan hanya berkumandang azan daripada orang kampung. setibanya di tepi laut. Ombak kelihatan garang dan bergelombang tinggi. Imam Harraz meminta agar orang kampung jangan berhenti berdoa dan membaca al-quran. ibu bapa Maya menangis teresak-esak.
"Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat, nasi berwarna hamba sembahkan." Imam Harraz mengumpan semangat laut dengan bacaan mentera daripada lirik lagu tersebut. tiba-tiba angin bertiup kencang diselangi dengan hilaian entah daripada mana datangnya. Imam terus berdialog dengan Putri Mayang Sari minta dilepaskan Maya yang hanya manusia biasa yang tersilap memuja dan memangil semangat puteri. Imam Harraz terus berunding dengan Putri Mayang Sari dan Maya tetiba datang dari belakang Putri Mayang Sari. Dia bersyukur walaupun keadaan Maya sudah lemah tidak bermaya. Ibu Bapa Maya segera menerpa ke arah anakanda mereka. Putri Mayang Sari memandang orang kampung dengan jelingan yang tajam sekali sebelum menghilangkan diri.
"Sudah, jangan kau ulangi lagu itu lagi. lagu itu mungkin lirik asalnya sudah diubah, namun lirik yang diubah masih menyeru semangat Putri Mayang Sari. mereka semua berketurunan jin yang tidak akan mati sehingga hari kiamat. Jadi selama mana pun cerita orang-orang tua dahulu kala jangan kita permainkan. mungkin ada kebenarannya. Putri Mayang Sari berpesan dia tidak akan mengganggu kampung kita lagi namun harus berpada-pada. sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia."
Maya mengangguk dan ibu bapanya terus memeluk erat kedu-dua orang anaknya. orang kampung mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.
"Maya? Maya?" Farihah menepuk-nepuk pipi kakaknya.
"Apesal kau terjerit-jerit ni? menari-nari lagi? kemaruk ulek Mayang lagi ya? Maya keliru. badannya terasa sakit kepalanya terasa berat. Dia seperti bermimpi daripada mimpi yang panjang. namun kenapa dia terasa sakit. Dia menghela nafas yang panjang. turun daripada katilnya menarik tuala. apabila diselak badannya terserlah kesan-kesan lebam yang banyak dan jelas memandangkan kulit Maya yang putih melepak. Dia keliru dan masih tertanya-tanya. Dicarinya kedua ibu bapanya katanya Farihah masih belum pulang daripada Sarawak.
Semenjak hari itu, Maya percaya kewujudan Putri Mayang Sari. Siapa pun Putri Mayang Sari dia gembira pernah berjumpa dengannya. setiap petang Maya akan berjalan di pesisir pantai dan menikmati keindahan laut yang cukup luas menenangkan jiwa-jiwa yang sedang kusut berserabut.
No comments:
Post a Comment