Suka saya
ingatkan bahawa kisah ini inpirasi daripada kisah benar daripada penulis
sendiri. Namun, sebahagian daripada cerita ini diolah supaya menjadi sebuah
cerita yang menarik dan mudah difahami. watak dan lokasi juga diubah demi
menjaga hubungan silaturrahim dan membuka aib mana-mana pihak.
Simbahan air
kolah memecah kesunyian pagi di asrama sekolah menengah kebangsaan teluk
panjang, Seawal lima pagi, para pelajar sudah sibuk menyiapkan diri mereka
untuk mendirikan solat subuh berjemaah dan menghadiri sesi persekolahan pada
hari tersebut. Terpisat-pisat Batrisyia menggosok matanya yang masih belum
boleh buka sepenuhnya. Di tangannya terdapat bakul kecil yang mengandungi ubat
gigi Darlie, Sabun mandi Lux Lavender, Syampu Sunsilk merah jambu dan berus
gigi medium kepunyaannya dibawa ke tepi kolah bersebelahan dengan Noni. Noni
dan Batrisyia merupakan Kapten dan Penolong Kapten asrama pada tahun itu.
Mereka berdua digeruni oleh pelajar-pelajar lain terutamanya penolong kapten,
Batrisyia. Tidak kurang juga ramai yang jengkel dengan perangai Batrisyia yang
gemar mengamuk sekiranya tertangkap pesalahlaku disiplin depan matanya
berbanding Noni yang lebih ramai menyenanginya kerana keperibadiannya yang
bersahaja dan jarang mengamuk.
“Noni, spender
siapa ni membukit di sini. Haih. Kalau nak membasuh pun tak perlulah nak
melonggok seluar dalam atas kolah ni. Orang lain nak mandi juga.” Batrisyia
macam kebiasaannya, pantang tak kena di matanya mula mulutnya laju sahaja
mengomel berbanding Noni masih tenang di sebelahnya menggosok gigi. Batrisyia
menolak ketepi seluar dalam yang berlonggok di atas kolah mandi tersebut untuk
dia mandi dengan lebih selesa. Usai mandi, kira-kira 15 minit dia terus
menyalinkan kain batik kering dan tshirt basahan terus ke biliknya. Melalui tangga
ke biliknya, sekali lagi suara Batrisyia berkumandang di pagi hari, “seluar
dalam siapa yang banyak sangat merata-rata ni? Apa kena dengan mereka ni? Tak
tahu malu ke kalau pekerja-pekerja pembersihan tengok. Warden jenguk nanti
macam mana? Tak pasal-pasal satu hostel kena denda. Kalau betul habis korang
aku kerjakan selepas itu." Namun, semuanya bagaikan blur dan terpinga-pinga
tiada yang mengaku.
“Batrisyia, kau
perasan tak banyak spender berlonggok pagi ini. Dan tiada siapa mengaku
kepunyaan mereka. kau tak pelik ke?” Noni bersuara ketika mereka berdua sedang
bersiap hendak ke sekolah.
“itulah, aku
pun rasa sesuatu. Tapi tak apa, kita tunggu petang karang balik makan
tengahari. Aku pergi tengok balik ada lagi ke tak.” Noni mengangguk sahaja
mendengar penjelasan daripada Batrisyia.terus mereka memakai kasut dan
menangangkat beg sekolah untuk terus pergi ke perhimpunan pagi pelajar-pelajar
asrama. 15 minit selesai bacaan doa dan sedikit taklimat kebersihan asrama
mereka dibenarkan ke sekolah. Dalam perjalanan ke kelas, satu kejutan terhadap
pelajar-pelajar sekolah Teluk Panjang. Perkara yang tidak tercapai di akal
fikiran mereka. pelajar-pelajar yang tidak tinggal di asrama mula membuat
spekulasi tentang perkara yang berlaku.
“Astaghfirllahalazim..siapa
punya kerja ni?” Noni beristoghfar manakala Batrisyia terpaku apabila melihat
spender wanita yang tidak tahu mana datangnya tersusun di setiap anak tangga.
Setiap satu anak tangga terdapat sehelai seluar dalam yang terbentuk segi tiga.
Sudah tentu memalukan pada yang melihatnya. Bukan hanya 2 3 tangga. Malah,
setiap blok akan ada seluar dalam yang tersusun di tangga.
“Tak masuk
akal. Macam mana blok setiap tingkap ini terkunci macam mana boleh pelaku naik
dan menyusunnya. bila masa yang mereka sempat buat semua ini." jelas
batrisyia kepada guru disiplin yang pada ketika itu dipegang oleh cikgu Zakaria
dan teacher Adilah. “Betul juga cikgu, blok sekolah ini terkunci setiap malam.
Dan perempuan mana yang tidak malu menyusun seluar dalam mereka macam itu sekali.”
Noni menambah lagi penjelasan daripada Batrisyia.
“Baiklah, kita
tengok macam mana dua tiga hari ini. Kumpul segala bukti dan awak awasi
individu yang mencurigakan dan disyaki.” Jelas cikgu Zakaria atau lebih
dikenali cikgu Zack kepada Noni dan Batrisyia disaksikan oleh Teacher Adilah.
Mereka masih tidak boleh menuduh dan mengesyaki sesiapa memandangkan setakat
ini tiada siapa yang kelihatan mencurigakan. Mereka berdua dibenarkan pulang
memandangkan jam suda menunjukkan jam 2.30 petang.
Pelajar-pelajar
menjalani rutin mereka seperti biasa. Meskipun sudah dua hari perkara yang sama
berlaku. Masih belum ada tanda-tanda atau individu yang disyaki.
“Noni, batisya!
Tudung aku hilang. Pintu bilik aku terbuka semalam dan satu aras tingkat 3
semalam blackout!” Noni dan Batrisyia memandang sesama sendiri. Terus mereka
bertiga menaiki tingkat 3 dan bertanya kepada pelajar aras 3. Ya, benar semua
mengakui perkara yang sama tidak kurang juga ada yang terpinga-pinga akibat
mereka tidur mati semalam. “Pelik ni. Macam mana dia boleh masuk dengan
pintu-pintu terkunci?” Batrisyia memandang Noni merangkak partner terbaik dia
pada ketika itu.
“Jangan-jangan……”
Noni mula mengesyaki seseorang.
“Tak akanlah. Dia
baik kot” Batisyia cuba menidakkannya. Walaupun hakikatnya ada logiknya.
Semua pelajar
semakin berhati-hati untuk kemana-mana. Setiap hari ada sahaja berita-berita
menyeramkan aduan daripada pelaja-pelajar asrama. Warden dan pihak pengurusan
sekolah semakin pening dengan kejadian yang berlaku. Seluar dalam terbang sewaktu
Jemaah solat zohor beramai-ramai. Batrisyia tanpa ragu-ragu pantas menyelak
tabir yang menghalang antara bahagian lelaki dan perempuan pada ketika itu. Dia
menyangka dapat menangkap pelaku tersebut. namun kecewa kerana pihak lelaki
kelihatan terpinga-pinga dengan kelakuan Batrisyia sedangkan pihak perempuan
marah dengan perkara tersebut. semakin hari pelaku tersebut semakin psiko.
“Batrisyia, kau
tahu tak pagi tadi sebelum kami meninggalkan bilik. Budak-budak bilik aku
terjumpa bra tergantung di bilik kami. Siap dengan nama pemilik dan nombor
bilik. Malu wei.” Batrisyia menepuk dahinya semakin memeningkan kepala.
Batrisyia memanggil Noni di kelas bersebelahan menyampaikan berita yang
disampaikan oleh Hakim itu. Terbuntang mata Nani mendengar berita tersebut. Bra
tersebut ditulis dengan nama Penolong Ketua Pengawas sekolah dengan nama bilik
no 3 tingkat 1. Maka, menangislah Afiqah yang mengatakan itu bukan miliknya
tetapi kenapa perlu mengaibkan dia. Noni menenangkan Afiqah yang pada ketika
itu teresak-esak menangis dibahunya.
……………………………………………………………………………………….
“Amar. Boleh saya
bercakap dengan kamu sekejap?” Pengetua memanggil orang yang paling disyaki
pada ketika itu sebagaimana sangkaan Batrisyia dan Noni.
“Ya tuan. Baiklah.”
Amar cuak. Inilah pertama kali dia dipanggil pengetua secara peribadi.
“Mana kunci
pintu pagar setiap blok sekolah ini?” Pengetua Encik Abdul Muiz menyoal
pengawal sekolah, encik Ahmad Amar.
“Ada dengan
saya tuan. Kenapa ya?” Amar menjawab bersahaja.
“adakah kamu
kunci semua pagar dan pintu blok sekolah ini? Pengetua terus menyoal.
“Ya, tuan. Kenapa
soalan begini ya tuan?” Amar menjawab dengan penuh tanda Tanya.
“Kamu tahu apa
yang sedang berlaku sekarang?” pengetua masih dengan soalan-soalan yang
mengelirukan Amar.
“Hm. Kes itu ya
tuan. Maaf tuan saya Cuma tahu sikit-sikit sahaja.” Jelas pengawal keselamatan
itu.
Hampir 1 jam
perbualan mereka akhirnya berakhir dengan tanda Tanya lagi. Nampaknya abang
amar tidak bersalah. Tapi siapa? Hanya dia yang boleh memegang kunci blok
sekolah dengan blok asrama. Pelajar-pelajar sudah mula pulang ke bilik
masing-masing. Jam menunjukkan jam 1030 malam. Noni dan Batrisyia serta Ahli
jawatankuasa yang lain masih bingung dengan kejadian ini termasuklah ahli
jawatan kuasa aspura (penginapan pelajar lelaki). Masing-masing menuduh dan
membuat spekulasi ke atas semua orang dengan tuduhan yang tidak berasas.
“Argh. Sakitlah!”
Batrisyia tersedar daripada lenanya. Terjaga tatkala rambut panjangnya ditarik
oleh seseorang ketika tidur dari luar tingkap. Dia sempat melihat tangan yang
keluar dari tingkap. Dia terpaku dan seram sejuk mula menyerang dirinya. “fatihah,
bangun! Tadi aku nampak tangan keluar dari arah tingkap ini beb. Aku takut. Dia
tarik rambut aku!”Fatihah yang masih mamai mengajak Batisyia tidur di
sebelahnya. Dan dia menyambung kembali lenanya, Batrisyia mengomel tingkahlaku
Fatihah yang langsung tiada kasihan terhadap dirinya yang masih ketakutan.
“Noni, semalam
ada orang masuk bilik aku. Dia off suis lampu. Aku terjun dari katil atas kejar
tapi tak sempat. Sekelip mata dah hilang.” Bersemangat Farah bercerita kepada
Noni kejadian semalam ketika dia sedang asyik membaca novel di atas katilnya.
“Kau kejar dia
Farah? Beraninya kau? Bahaya taw. Mana tahu dia ada bawa pisau?” noni
meninggikan suaranya menasihati Farah agar berfikir sebelum bertindak. Kita
perlu berfikir besar kemungkinan pelaku membawa senjata.
“Tetapi
pelakunya perempuan. Aku nampak dia bertudung. Mereka 2 orang.” Kali ini Noni
semakin pelik. Dia langsung tidak masuk akal. Tetapi tidak mustahil kerana
pelaku boleh masuk ke dalam dorm wanita tanpa menggunakan kunci. “Herm..terima
kasih Farah atas maklumat. Jangan buat perkara merbahayakan diri sendiri lagi”
Farah mengangguk dan pergi meninggalkan Noni bersendirian di biliknya.
……………………………………………………………………………………
“Malam ini saya
tiada di asrama, apa-apa yang berlaku boleh berhubung dengan cikgu Maznah dia
ada di kuarters sekolah. Begitu juga dengan Encik Hamdan dia bermalam di
Aspura. Saya minta maaf tidak dapat bersama-sama kamu mala mini. Berkat malam
jumaat ini saya mohon kamu semua lakukan solat hajat berdoa sngguh-sungguh
supaya diberi jalan keluar daripada masalah ini. Saya doakan kamu semua dapat
selesai masalah ini secepatnya.” Cik Maria terpaksa pulang ke kampong pada
hujung minggu tersebut kerana dia perlu menyiapkan persediaannya sebelum hari
besar beliau diadakan pada bulan 11 akan datang. Mereka semua maklum dengan hal
Cik Maria.
Semua pelajar
bersedia dengan tray besi di hadapan pintu bilik masing-masing dengan harapan
sekiranya pelaku tersebut masuk dan terdengar mereka melanggar tray besi tersebut
maka dapatlah mereka memukul dan menangkap pelaku tersebut. batang kayu penyapu
juga siap sedia di tepi pelajar-pelajar semua. Semua pelajar sudah tidak tidur
di katil sendiri. Masing-masing tidur berdua-dua dengan kawan masing-masing.
Jam menunjukkan jam 0300, Batrisyia masih membaca novel Siti Rosmizah muka demi
muka surat. Pelbagai bunyi bunyian yang disengarinya daripada tingkat bawah. Bunyi
lelaki batuk masih lagi disangka baik mungkin pengawal keselamatan membuat
rondaan. Bunyi tong sampah jatuh masih dianggap kucing yang terbalikkan. Dia tidak
dapat melelapkan mata walau Noni sudah berdengkur di sebelahnya.
“Noni, teman
aku pergi toilet. Pukul 3 suku ni, aku tak berani ah nak pergi sorang-sorang.”
Batrisyia mengejutkan Noni.
“Kau pergi
kejutkan lagi sorang. Aku tak berani kita berdua sahaja.” Noni menjawab dalam
keadaan mamai.
Batrisyia
mengejutkan mimi yang pada ketika itu mendengar mp3 dan juga belum dapat
melelapkan mata. Mungkin kerana masing-masing takut dan bimbang untuk tidur. 2
batang kayu penyapu di bawa bersama ketika perjalanan ke tandas. Ketika tiba di
hadapan tandas. Batrisyia mendahului masuk ke tandas. Dan bertukar giliran Mimi
dan Noni juga ikut ke tandas. Bunyi paip air dari kolah mandi tingkat bawah
kedengaran bersama bunyi tapak kaki orang berjalan. Batrisyia menyedapkan hati
mungkin ada pelajar yang ke tandas di tingkat bawah. Mimi dan Noni selesai
melepaskan hajat. Mereka bertiga berjalan menuju kebilik.
“Weh!”
Batrisyia menjerit.
“Hei!” terbuntang
mata mimi.
Manakala Noni
terpaku. Batang penyapu dihulurkan kepada batrisyia.
“ALLAHU AKBAR! Woi
!!! bangun woiiiiii..lelaki lelaki !!!” Suara batrisia memecah kesepian malam.
Noni berlari
sepantas lipas kudung mengejar 2 orang lelaki yang berpakaian ninja dan baju
silat melayu itu. Wajah kedua-dua lelaki itu amat dikenali namun mata mereka
merah menyala. Aisyah melompat dari katil dengan berseluar tiga suku tanpa
bertudung melompat dari tangga ke tangga mengejar dua orang budak lelaki
tersebut. Namun mereka gagal mengejar kedua-duanya. Aisyah balik dengan keadaan
yang malu kerana tidak sedar dengan tindakannya itu. Noni dan Batrisyia bersiap
ke Aspura untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Encik hamdan. Masing-masing
bersiap apa adanya. Ada yang memakai tudung basahan ke toilet, ada yang memakai
kain telekung, ada yang hanya memakai tuala sekadar yang boleh menutup kepala
mereka untuk menemani Noni dan Bartisyia ke Aspura.
Encik Hamdan
terpisat-pisat membuka pintu biliknya. Terkejut melihat kami beramai-ramai
seperti membuat demonstrasi turunkan harga minyak. Setelah dijelaskan tujuan
mereka datang berjumpa dengan Encik hamdan. Encik hamdan bergegas membunyikan
loceng kecemasan kepada penghuni aspura. Kami dibenarkan pulang ke aspuri. Namun,
kami masih lagi berjumpa dengan ahli jawatankuasa aspura, Hakim dan Rusli,
selaku kapten dan penolongnya. 15 minit kami bersembang. Kami terdengar orang
terjerit-jerit dari jauh.
“Dah dapat.”
Rupa-rupanya abang Amar mengejar pelaku tersebut dengan motorsikal. Katanya seorang
sahaja yang tertangkap menuju kearah kubur lama yang terletak di belakang
padang sekolah. Dan pelajar lelaki tersebut bersilat di padang tersebut sebelum
berlawan dengan abang amar. Abang amar mengazan budak lelaki tersebut. alangkah
sedih dan sayu hati mereka pelajar tersebut merupakan seorang pelajar tingkatan
satu berada di kelas yang pertama.merupakan seorang hafiz al-quran. Namanya Haziq.
Haziq mengamalkan ilmu hitam dan saka daripada nenek moyang beliau. Dia melakukan
hal itu kerana berdendam dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut yang suka
membuli beliau termasuk pelajar perempuan yang sering memanggilnya dengan
panggilan Apek.
Jeritannya memecah
kesunyian malam. Jam menunjukkan jam 0445 pagi, Cikgu Hamdan pula mengheret
seorang lagi pelajar yang melakukan perkara tersebut. pelajar tersebut
merupakan orang suruhan Haziq yang dipukau dengan ilmu sihirnya. Pelajar tersebut dikatakan sering mengejek
Haziq dengan panggilan binatang yang hina. Dia juga sering memaksa haziq
memanjat pokok kerana seronok dengan kelakuan haziq yang mudah diperbodohkan.
Batrisyia menangis keesokkannya mendengar pengakuan Haziq dan Azrin. Mereka berdua
membuat keputusan untuk pindah ke sekolah sebelum dibuang oleh pihak sekolah. Banyak
pengajaran yang boleh diambil dalam kejadian yang berlaku. Noni dan Batrisyia
serta pihak atasan melakukan sujud syukur akhirnya segala misteri terjawab
akhirnya setelah 2 minggu bergelut dengan perasaan takut dan bimbang tinggal di
asrama tersebut.
adakah nama sekolah tu betul atau rekaan semata ? kalau rekaan ada nama watak yang seakan dgn nama sebuah sekolah.
ReplyDeleterekaan
Delete