"Balqis, saya nak berjumpa dengan family awak boleh?" doktor meminta untuk berjumpa atau menghubungi keluargaku.
"No. Kalau doktor berani hubungi tanpa izin saya. Saya bunuh diri saya sekarang juga!" Menyala-nyala pandanganku kepada doktor. Aku mula tidak selesa. Mahu sahaja aku berlari keluar dari bahagian kecemasan hospital.
"Atau awak, kami monitor. Warded di ward psy. Awak, kami rehatkan. Doktor akan bersama awak 24jam."
fahamlah aku bahawa aku perlu pemantauan yang ketat. Bisikan menyesal juga tidak kalah juga datang menghasut. Aku menelan air liur. Pelbagai bayangan yang datang dalam kepala. Wad psikitrik kot. Tidur dengan orang gila! No. Aku tak gila. Memandang ke arah jam menunjukkan jam 8.45 pm. Aku masih belum membuat keputusan sama ada menghubungi salah seorang ahli keluarga atau berehat di ward.
"Doktor, boleh berhubung dengan makcik saya." jawabku ringkas.
"makcik awak tinggal di mana?" tanya doktor berkulit hitam manis, sungguh manis di mata aku doktor berbangsa india ini.
"kuala terengganu". Jawabku dua patah lagi. Mata masih tidak mampu untuk memandang sekeliling. Masih bertumpu ke arah pek yang berisi darah merah hitam pekat kepunyaan pakcik yang berada di bed berhadapan aku.
"okay, sekarang makcik awak dah tahu. Tapi dia minta awak membuat keputusan. Sama ada dia datang ke kajang ambil awak pulang atau awak berehat dulu di ward psy sampai awak betul betul okay".
Soalan demi soalan yang diajukan kepadaku. Membuat aku semakin tertekan. Aku tak nak menyusahkan orang lain. Tapi apa aku dah buat? Perasaan diri aku tidak berguna. Aku tak nak juga bermalam di ward psy. Aku diam malas nak fikir. Let me die lah senang! Air mata bercucuran laju bertitik titik di lantai hospital.
"okay baiklah, housemate awak boleh jaga awak ke?" bagaikan sinar yang menyuluh kegelapan seketika.
"saya tak yakin. Mungkin boleh. Tapi mereka bekerja esok" aku seperti berfikir menyusahkan orang lagi.
"bagi saya berhubung dengan mereka sekejap boleh?" Permintaan doktor aku tunaikan memandangkan beberapa housemate sudah maklum dengan penyakit aku.
"sejak bila awak nampak perubahan pada balqis?" tanya doktor kepada dua orang rakan serumah ku merangkap sahabatku sesama universiti.
"saya nampak perubahan dia selalu berkurung dalam bilik, saya tak tahu apa dia buat. Tapi dia suka berkurung". Maria menjawab soalan doktor.
"kami dah mengesahkan yang balqis positif major depressive disoder, dia ada impulsif behavior dan suicide attempt. Kamu berdua tahu?" housemate ku mengangguk.
"Jadi, saya nak tanya, kalau saya benarkan dia pulang ke rumah, boleh kamu awasi dia 24jam?" doktor memberitahu mereka tujuan sebenar mereka dipanggil.
"Jaga dia tu boleh, tapi 24jam tu saya tak boleh nak jagalah. Kami bekerja esok." jelas liyana.
"Jadi macam mana? Boleh kami rehatkan balqis ni di ward psikitrik sampai dia betul betul sihat? Sebab balqis ni dia tak rasa dia akan membunuh diri. Sebab bila saya tanya kenapa tidak teruskan. Dia cakap agama dia tak benarkan membunuh diri. Jadi itu kekuatan yang dia ada. Tetapi, percubaan ke arah perbuatan itu sudah banyak kali. Jadi saya tidak berani untuk melepaskan dia pulang tanpa pemantauan yang ketat." Jelas doktor kepada 2 orang teman serumahku.
"Okaylah doktor. Saya nak warded". Jawapan ku kali ini muktamat. Aku nak berehat sekarang.
Housemate aku meminta maaf, namun aku tidak menyalahkan mereka. Mereka sudah menemani ku sepanjang malam di kecemasan hospital sudah besar budi mereka pada aku.
"baiklah". Jawabku ringkas apabila doktor memberi penerangan mengenai ward lapan. Iaitu ward psikitrik yang bakal aku check in. Telefon telah pun diserahkan kepada jururawat yang bertugas dan baju pon telah ditukarkan kepada uniform hijau, pergelangan tangan juga di sarungkan tag bermakna aku telah pun serah diri.
"Jaga diri balqis, berehatlah sepuas-puasnya. Nanti dah okay aku bawa kau balik ya. Aku sayang kau sebab tu aku minta doktor jagakan kau. Mereka lebih tahu qis." sebak, sedih. Namun, layanan doktor yang sangat prihatin mengalih perhatianku. Ya. Doktor di bahagian psikitrik sangat baik dan caring. Segala ketakutan ketika mula melangkah masuk ke ward psikitrik terhapus.
Buka sahaja pagar besi ward. Telah disambut dengan pesakit-pesakit yang sudah senior disitu. Terbaring menongkat kepala, menyanyi dengan kuat di atas katil, berjalan-jalan tanpa tujuan. Ketika aku ke tandas sudahpun mereka ekori. Mahu juga tercabut jantung aku ketika terpandang seorang perempuan yang agak menakutkan menegurku dibilik air ketika menyalinkan uniform hospital. Haih.. Nasib baik doktor di sini sentiasa mengawasi dengan ketat.
"Adik, nama balqis ya. Balqis makan ni ya. Lepas tu terus tidur disini".Rupanya aku tidaklah tidur bersama mereka. Aku diasingkan semalaman di bilik lain. Kerana aku kes baru. Mahu juga aku terkejut sekiranya aku terus tidur dengan mereka itu. Sudahlah aku ini penakut. Nak menangis juga aku pada awalnya.
Aku mengintai dari cermin kaca, mencari jam kerana terjaga dari tidur. 3.25 pagi. Masih awl lagi. Berada di bilik yang kosong hanya sebuah katil yang beroda sahaja amat membosankan. Sejam bagaikan seharu sudah. Aku cuba pejam lagi. "balqis, bangun mandi. Ni baju, tuala,berus gigi, sabun, ubat gigi awak. Pergi mandi." aku terpisat pisat bangun, rupanya tertidur juga aku.
Bilik air di luar, bermakna aku berkongsi bilik air dengan pesakit yang lain. Usai aku mandi. Aku cuba membuka tombol pintu ke bilik semalam. Alamak, sudah berkunci. Doktor datang dari belakang.
"Ini bed awak ya. Rehat disini. Nanti tengahari doktor pakar akan datang jumpa awak." pendengaran ku kurang jelas, fokus aku pada seorang perempuan yang berjoget dan menari di atas bed. Haha. Aku sudah berada bersama-sama mereka. Mimpi ngeri jadi kenyataan. Haha
Duduk sambil menyikat rambut di atas katil. Kawan sebelah tidur berdengkur dengan rambut terkeluar dari tudung. Tidak ubah seperti tidur di asrama zaman sekolah dulu. Cuma disini ada tv raduo dalam bilik tetapi berjeriji besi memagar sekeliling ward.
Jam menunjukkan 8 pagi. Selepas bersarapan mereka diberi makan ubat kecuali aku. Aku hanya memerhati memandang karenah kerenah pesakit lain. Ada lucunya ada juga menyedihkan.
"Hi, what is your name?" minah saleh mana tegur ni.
"Im Balqis. Whats your name?" wah. Aku berspeaking dalam ward. Ya. Dia memang bukan melayu. Rambutnya berwarna kuning, berkulit putih, berumur lingkungan 35 tahun ke atas.
"My name is karen, I'm from australia. I came here to go holiday. But all my friends were died by car accident when we were on the way somewhere. And finally I'm stuck here almost 10 days already. Here was bored. Cant go anywhere." bercerita karen tanpa disoal. Agaknya dah lama dipendam cerita dalam hati. Tidak tahu pada siapa hendak bercerita. Maklumlah, mereka yang berada di dalam sana semuanya membuat hal masing-masing.
Hampir tergelak aku pada tahiyat akhir. Bercangkung mereka merenung aku seusai memberi salam. "kamu sembahyang ya?" tergelak aku. Itulah pertama kali aku tergelak ikhlas setelah beberapa bulan aku cuma fake smile. Entah bagaimana aku boleh rapat dengan mereka. Mungkinkah kerana kami sama? Sama-sama menderita rasa yang sama.
Bersambung...
nangis ambe bace qiss😢😢
ReplyDelete